Majlis bacaan yassin bersempena nisfu syaaban telah diadakan bersama jemaah tabligh pada 1 Jun 2015 selepas solat maghrib.
Khamis, 4 Jun 2015
Isnin, 1 Jun 2015
SURAU SUNGAI SERAI, KAMPONG SEMERBOK.
Surau Sungai Serai telah dibaikpulih dan di up-grade bagi memberi keselesaan kepada jemaah disini dan menjelangnya bulan Ramadhan nanti kembalilah surau ini digunakan untuk bertarawih serta aktiviti keagamaan yang lainnya. Marilahlah kita kembali bersama mengimarahkan surau ini dengan hampirnya ramadhan yang kunjung tiba tidak lama lagi.
Surau Sungai Serai.
(HR. Shahih Muslim dalam Kitabul Masaajid).
USTAZ FAUZI DI SURAU KUALA MERBOK.
Pada 31/05/2015 Ahad selepas Maghrib telah belansungnya sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi di Surau Kuala Merbok.
Warga Merbok sedang mendengar
mukadimah Pengerusi Majlis.
Ahli kariah surau sedang khusyuk memberi
tumpuan kepada ceramah Ustaz Fauzi.
* Foto dan berita dari Encik Rosli Yasin - Pengerusi Surau.
MAJLIS SERAHAN (HAND OVER) SIAP KERJA DARI KONTRAKTOR KE AHLI JAWATANKUASA SURAU KUALA MERBOK.
Pada hari Jumaaat 29hb.Mei 2015 jam 3.30petang telah berlangsungnya majlis serahan bangunan baru Surau Kuala Merbok dari kontraktor kepada Pengerusi Surau serta Ajk Surau. Maka dengan ini selesailah sudah segala aktiviti pembinaan Surau Kuala Merbok dan segala keringat dan usaha tuan-tuan Ajk surau amat disanjung dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan-tuan Ajk atas segala usaha dan rintangan yang ditempuhi untuk membina semula surau ini. Tidak dilupakan juga tuan tanah yang mewakafkan tapak surau bagi pembinaan semula surau, semoga puan dalam rahmat Allah dan jutaan terima kasih kami sebagai warga Merbok atas keikhlasan puan mewakafkan tapak surau.Syabas dan tahniah kepada semua kariah semerbok atas siapnya pembinaan surau ini.
Mengimbau kembali sejarah pembinaan surau ini yang ianya diasaskan oleh Syeikh Haji Ahmad Said Linggi dan beliau sering mengadakan majlis ilmu dan pengajian agama disurau lama ini. Dengan keberkatan dan doa beliau, surau ini kembali tersergam indah untuk mengembalikan aktiviti mengimarahkan surau dengan kegiatan keagamaan sepertimana ketika beliau mengajar disini seketika dulu.
Syeikh Haji Ahmad Said Linggi.
Binaan Surau Merbok yang lama.
Bangunan Surau Merbok yang baru.
Kontraktor dan Pengerusi Surau.
Untuk warga kariah Semerbok dan sekitarnya, amat bertuah sekali dengan kemurahan hati penyumbang bagi pembinaan baru surau ini dan mengimarahkan surau ini adalah tanggungjawab kita bersama. Oleh itu marilah kita turut bersama dengan semua kegiatan yang dianjurkan oleh surau ini, jangan lupa hubungilah Pengerusi Surau atau Bendahari dan Setiausaha atau Ajk yang lain untuk menyumbang apa-apa sumbangan yang tuan-puan inginkan. Surau ini senantiasa mengalu-alukan kemurahan hati nurani tuan-puan untuk menyumbangkan apa sahaja bagi kita gunasama membangunan dan mengimarahkan surau yang indah ini.
Rabu, 27 Mei 2015
KULIAH MAGRIB DI SURAU KUALA MERBOK BERSAMA USTAZ KHALIL HAJI ISMAIL.
Pada 22Mei 2015 bersamaan 4syaaban selepas solat magrib, Surau Kuala Merbok kembali dengan aktiviti kuliahnya dan pada kali ini bersama Ustaz Khalil Haji Ismail. Hebahan kuliah ini tak sempat dipaparkan lebih awal kerana penulis blog berada diluar kawasan, mohon maaf. Walaubagaimana pun sambutan majlis kuliah memberangsangkan.
Ustaz Khalil Haji Ismail.
Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah. dan 4 golongan tersebut ialah
1) Orang yang bertanya/belajar
2) Orang yang mengajar
3) Orang yang mendengar
4) Orang yang cinta serta orang yang berada dalam majlis ilmu.
Kelebihan bagi orang-orang yang menghadiri majlis ilmu :-
Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”
(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban).
Foto dan berita dari sumbangan Encik Rosli Yasin- Pengerusi Surau.
Isnin, 25 Mei 2015
MAKAM LAMA DI SUNGAI BATANG MERBOK, SEMERBOK.
Salah satu kesan diantara berberapa kesan penempatan awal terdapat berhampiran Sungai Batang Merbok.Batu nisan yang kelihatan dalam foto bukanlah batu tanda asal. Ianya diletak selepas tamat perang dunia kedua mengantikan ketulan batu kerikil yang ada ketika itu.Menurut cerita orang terdahulu, salah seorang di antara yang dikuburkan di sini ialah seorang panglima yang di gelar Kuntul. Mungkin panglima ini seorang yang tinggi dan lampai berperwatan seperti bangau.
Tuan Hadi Bahrum : Yang diatas bukit itu Rajanya. Kata Datuk Sei namo eh Megat Panji Alam.Sei tak berapo ingat bang sama ada Guntul atau Kuntul...sebab dulu kecik kecik tak ambik perhatian.
Tuan Aziz Ujang : Tadi kami kesana buat tahlil rengkas nak menyambut bulan puasa. Dah lama sangat diabaikan tempat itu.Marilah kito tengok gambar ni ha.....
Suatu lagi sejarah makam lama timbul dari seorang penduduk kampong yang perihatin tentang sejarah Kampong Semerbok dan beliau khabarkan kepada kita yang makam lama ini merupakan telah wujud penempatan lama sebelum kita bermastautin di sini. Siapakah mereka, Raja dan pahlawannya, Megat Panji Alam adalah jawatan dan raja dari mana mereka ?
Artikal dan cerito adalah sumbangan Tuan Aziz Ujang - Kampong Semerbok.
Selasa, 19 Mei 2015
MAJLIS ILMU DISURAU KUALA MERBOK BERSAMA USTAZ HAJI AHMAD SAID.
Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Said.
Majlis ilmu telah diadakan di surau baru,Surau kuala merbok,Kampong Semerbok pada 18/05/15 bersama ustaz Hj Ahmad Said. Majlis ilmu kembali menjadi aktiviti disurau ini setelah ianya siap dibina dengan dana disumbangkan oleh penderma yang budiman. Majlis turut diimarahkan dengan kehadiran jemaah Kuala Merbok dan sekitarnya. Marilah kita bersama melihat kehadiran jemaah berkenaan dengan foto-foto yang sempat dirakamkan oleh saudara Rosli Yasin dan saudara Aziz Ujang yang turut bersama dimajlis ilmu ini.
Langgan:
Catatan (Atom)











































