Isnin, 1 Jun 2015

MAJLIS SERAHAN (HAND OVER) SIAP KERJA DARI KONTRAKTOR KE AHLI JAWATANKUASA SURAU KUALA MERBOK.


Pada hari Jumaaat 29hb.Mei 2015 jam 3.30petang telah berlangsungnya majlis serahan bangunan baru Surau Kuala Merbok dari kontraktor kepada Pengerusi Surau serta Ajk Surau. Maka dengan ini selesailah sudah segala aktiviti pembinaan Surau Kuala Merbok dan segala keringat dan usaha tuan-tuan Ajk surau amat disanjung dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan-tuan Ajk atas segala usaha dan rintangan yang ditempuhi untuk membina semula surau ini. Tidak dilupakan juga tuan tanah yang mewakafkan tapak surau bagi pembinaan semula surau, semoga puan dalam rahmat Allah dan jutaan terima kasih kami sebagai warga Merbok atas keikhlasan puan mewakafkan tapak surau.Syabas dan tahniah kepada semua kariah semerbok atas siapnya pembinaan surau ini. 

Mengimbau kembali sejarah pembinaan surau ini yang ianya diasaskan oleh Syeikh Haji Ahmad Said Linggi dan beliau sering mengadakan majlis ilmu dan pengajian agama disurau lama ini. Dengan keberkatan dan doa beliau, surau ini kembali tersergam indah untuk mengembalikan aktiviti mengimarahkan surau dengan kegiatan keagamaan sepertimana ketika beliau mengajar disini seketika dulu.


Syeikh Haji Ahmad Said Linggi.



Binaan Surau Merbok yang lama.


Bangunan Surau Merbok yang baru.


Kontraktor dan Pengerusi Surau.




Untuk warga kariah Semerbok dan sekitarnya, amat bertuah sekali dengan kemurahan hati penyumbang bagi pembinaan baru surau ini dan mengimarahkan surau ini adalah tanggungjawab kita bersama. Oleh itu marilah kita turut bersama dengan semua kegiatan yang dianjurkan oleh surau ini, jangan lupa hubungilah Pengerusi Surau atau Bendahari dan Setiausaha atau Ajk yang lain untuk menyumbang apa-apa sumbangan yang tuan-puan inginkan. Surau ini senantiasa mengalu-alukan kemurahan hati nurani tuan-puan untuk menyumbangkan apa sahaja bagi kita gunasama membangunan dan mengimarahkan surau yang indah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan