Isnin, 8 Jun 2015

PERSIAPAN MAJLIS PERASMIAN SURAU BARU KUALA MERBOK, SEMERBOK.





Gotong royong menyiang daging dan memasak bagi majlis perasmian Surau Kuala Merbok sedang giat dijalankan. Masyarakat disini masih utuh mengamalkan kerjasama bergotong royong setiap majlis yang diadakan disini, apatah lagi jika melibatkan Surau atau Masjid,majlis-majlis perkahwinan serta kenduri kendara. Semoga aktiviti sebegini tetap kekal didalam masyarakat kita terutamanya jemaah surau yang begitu perihatin dengan segala aktiviti disurau ini. Foto-foto gotong royong telah dirakamkan oleh saudara Aziz Ujang.




















Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk bergotong royong menyediakan masakan bagi majlis perasmian yang dijangkakan selepas solat Asar nanti. Jangan lupa menghadirkan diri dimajlis ini yang merupakan kejayaan kepada semua penduduk Kampong Semerbok kerana terbinanya Surau Kuala Merbok adalah kejayaan kita semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan