Jumaat, 23 Ogos 2013

RAYA 1434/2013 DI SEMERBOK.





Jemaah sedang solat sunat serta bertakbir melaongkan kebesaran Allah sementara menunggu sembahyang Sunat Idulfitri yang ditetapkan pada pukul 9.00pagi.


Pada tahun ini raya Idul Fitri meriah diraikan oleh penduduk kampong Semerbok dengan kembalinya perantau perantau di perentauan.


Foto ini dirakam pada 8.15pagi 1syawal 1434/2013.



Orang ramai mula memenuhi 
masjid pada pukul 8.30pagi.


Deratan kenderaan hingga ke Dewan 
Lama Semerbok dan Klinik Desa.



Dan ke hilirnya pula hingga 
ke simpang Lubuk Semerbok.


Depan rumah omak den pun ramai jugak.


Jemaah keluar dari Masjid setelah 
selesai menunaikan Solat sunat IdulFitri.


Kelihatan jemaah keluar dari masjid.



Sebelah tepi masjid pun ramai yang parking.

Den tak berkesempatan untuk merakamkan foto-foto ketika Khutbah dan selepas selesai sembahyang iaitu semua jemaah bersalaman serta bermaaf-maafan. Kemudian dengan diketui oleh Imam Tn Hj Yahya, majlis tahlil dan doa diadakan didalam masjid. Selepas itu diruang solat/dewan wanita disediakan jamuan oleh para jemaah yang dibawa kemasjid dengan cara tradisi ini saban tahun. Jemaah muslimin membawa juadah iaitu aneka juadah termasuk la kuih raya, lemang rendang,tapai dan lain-lainnya. Ianya merupakan tradisi masjid dan jemaah bagi menjamu para hadirin berhari raya.

Sebelum itu,disebelah malam raya, setelah selesai solat Isyak dan takbir raya, jemaah berkumpul untuk bertakbir dari rumah kerumah dan pada tahun ini dimulai dari rumah Tn Hj Yahya (Imam) kehilir dan akan berakhir di Hulu Semerbok termasuk rumah Ketua Kampong.

Secara tradisinya juga masjid ini semenjak zaman Tuan Haji Mad Said, bila dihari raya selepas selesai solat sunat dan khutbah, maka ada diantara penghuni desa Mobok (yang bermasalah dengan ibu atau ayah) ini meraung mohon ampun dan maaf kepada orang tua mereka ditengah riuh rendah jemaah bersalaman atau semasa majlis tahlil dimulai. Tapi semenjak 5 dan 6 tahun kebelakangan ini sudah tidak lagi kedengaran peristiwa seumpama itu, mungkin kita semua telah sempurna ditarbiahkan oleh para Ustaz dan Ulama yang didatangkan oleh Ajk Masjid Mobok ini dengan pembaharuan pengurusan yang dilaksanakan.

Selamat Hari Raya Idulfitri maaf zahir batin dari den anak jati Mobok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan