Isnin, 26 Ogos 2013

KAK LONG DALAM KENANGAN (FATIMAH BT MD SHARIF)


Inalillah hiwainailaihirajiun.........


Pada 24/8/2013 Sabtu kira-kira 6.35petang di Hospital Kuala Lumpur kak Long telah menghembuskan nafas yang terakhir dan Jenazah beliau telah dibawa kembali ke Kampong iaitu di Rumah Rakyat Astana Raja, Kota. Pada jam 10.00 malam jenazah telah sampai dari KL yang diiringi oleh anak-anak serta adik-adik beliau. Semua sanak saudara telah hadir untuk memberi penghormatan terakhir, jenazah selamat dikebumikan pada 11.45 pagi pada 25/8/2013.





Encik Sharif (bapa kak Long)



Encik Yahya bin Baba (Rebo- Redza) 
suami Kak Long.



Sanak saudara dari melaka - Encik Zainal - bersongkok..

Rombongan dari Masjid Semerbok sedang menunggu untuk menyempunakan sembahyang jenazah, kelihatan juga adik Kak Long Encik Mad Zin (Imam 3 Masjid Semerbok) tiga dari kanan sekali berketayap putih.



Jenazah telah sampai ke tanah perkuburan bagi disempurnakan.



Semua sanak saudara turut menyempurnakan pengkebumian.



Akhir sekali Imam Masjid Astana Raja menyempurnakan bacaan Talqin.


Kami sekeluarga dengan rasa hiba dan sedih atas pemergian kak Long namun menerima ketentuan Ilahi ini dengan penuh keimanan dan kesedaran bahawa yang hidup pasti mati. semoga roh kak long ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan