Jumaat, 23 Ogos 2013

KAK LONG DIMASUKAN KE HOSPITAL.



Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Kak Long atau nama sebenarnya Fatimah bt Sharif adalah isteri kepada Along Udin (Yahya bin Redza) abang den yang tuo, beliau berasal dari Kampong Sungai Serai. Sebelum ini sering menerima rawatan Hospital Seremban dan sebelum puasa tempohari menerima rawatan di Hospital Melaka setelah Hospital Seremban penuh dengan pesakit. Kini menerima rawatan di hospital Seremban. Penyakit yang dihidapinya adalah Cancer (barah) , walaupun penyakit ini telah sembuh 5 dan 6 tahun lepas tapi virusnya tetap kembali menyerang. Berbagai ikhtiar dilakukan untuk mengubati penyakit ini dan pada 22/08/2013 beliau dipindahkan ke hospital KL untuk menerima rawatan selanjutnya.


Kak Long masa di Hospital Seremban.



Masa di Seremban diwad 6A.


Hospital Kuala Lumpur.



Siti sedang menyuapkan 
buah lai ke ibu mertuanya.

Di Hospital KL beliau ditempatkan di Wad 6A tingkat 2 katil no.12 di Institiut Saraf (bersebelahan wad bersalin). Setakat ini anaknya Leftenan Muhamamad Fauzaini cuba menempatkan Kak Long di Wad First Class tapi nampaknya wad berkenaan penuh, mungkin hari ini wad tersebut terdapat kekosongan bagi memindah masuk beliau ke bilik first class.


Yahya (Along) berada disisi 
isterinya siang dan malam.

Kami sekeluarga serta Omak (Wan Sabiah) mendoakan Kak Long cepat sembuh supaya segera menjalani kehidupan harian seperti biasa serta berharap bersabar menerima dugaan dari Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan