Rabu, 31 Ogos 2016

TERPAKSA SEDUT DEBU.



Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 31/8/2016

KOTA – Penduduk terutamanya Sembilan kediaman di Kamung Semerbok, disini berasa kesal dan kecewa apabila masalah debu dan habuk dari kerja-kerja pembangunan tebang semula pokok berpanjangan selama hampir tiga bulan.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati debu habuk berterbangan selain tompokan lumpur yang sudah mengering serta tebal dibahu jalan.

Menurut perniga En Zamrus Kidam 55, masalah debu serta habuk berlarutan sebelum Ramadan lalu iaitu sekitar Mei dan sehingga kini masalah berkenaan masih belum diatasi.

“Saya sebagai perniaga pun kesian dengan pelanggan yang tak selesa bila datang minum dikedai ini.Nak buat macam mana,kalua musim panas, habuk serta debu berterbangan masuk kedalam air dan makanan”.

“Jadi, saya harap sangat pihak bertanggungjawab dapat ambil langkah siram air dikawasan ini sepanjang kerja-kerja membawa keluar kayu yang ditebang dibuat” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui disini, kelmarin.

Bagi bekas Pengerusi JKKK, Mohd Shah Joned, 75 susulan masalah habuk dan debu itu dia terpaksa menutup kesemua tingkap dan pintu rumahnya kerana lokasi jalan keluar masuk lori berkenaan kurang lima meter dari rumahnya.
“Selalunya pagi-pagi saya buka tingkap bagi angin keluar masuk tapi sekarang tak lagi,tak tahan habuk. Saya serahkan pada anak saya untuk bawa masalah ini pada JKKK sebab saya dah berusia,dah tak larat”katanya.

Menurut Hamidun Shaari 47, selain masalah habuk dan debu serta selut yang terlalu banyak dijalan kampong berkenaan, dia berharap agar kerja-kerja penebangan berkenaan serta membawa keluar kayu dapat dipantau dari semasa kesemasa. “Pantau dari segi muatan sama ada mengikut had ditetapkan atau tidak.Malah saya harap mereka juga dapat mematuhi had laju bagi tujuan keselamatan” katanya.

Sementara itu,Pengerusi JKKK Kampung Semerbok, Ramli Lamin berkata,pihaknya ada menerima aduan penduduk sebelum ini dan berharap agar penduduk bersabar sementara menunggu kerja-kerja berkenaan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya,sebagai tindakan awal,JKKK sudah berbincang dengan pihak kontraktor dan juga Tanam Semula Berkelompok (TSB) bagi langkah penyelesaian.

Bagaimana pun, ini merupakan projek pembangunan dan peserta terbabit dalam projek ini sekitar 60 penduduk dimana 70 peratusnya adalah penduduk kampong ini.Jadi kita harap agar semua penduduk bersabar”katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan