Isnin, 1 Ogos 2016

SURAU KUALA MERBOK KEMBALI DENGAN KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ AHMAD SAID (TAMPIN).

Surau Kuala Merbok telah memulakan kembali kuliah pengajian pada Isnin malam Selasa selepas Maghrib 1/08/2016 bersamaan 27Syawal 1437H setelah bulan Ramadhan serta Syawal melabuhkan tirainya. Kuliah pertama diminggu pertama dalam bulan Ogos ini dimulai dengan kuliah Ustaz Ahmad Said. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan walau syawal masih berbaki dua tiga hari lagi. 












Pihak AhliJawatkuasa Surau Kuala Merbok mengucapkan ribuan terima kasih kepada hamba Allah yang menaja makanan dan minuman bagi kuliah pada malam ini. Semoga sumbangan tuan-tuan akan membawa berkat dan mendapat pandangan yang tinggi disisiNya jua. Bagi sesiapa yang ingin menyumbang berupa kewangan atau peralatan silalah berhubung dengan Pengerusi Surau atau mana-mana Ajk Surau atau pun terus menyumbang kedalam akaun surau. Nombor Akaun Surau dan nombor talipon Pengerusi ada tertera disebelah atas kanan blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan