Jumaat, 24 Jun 2016

MAJLIS KENDURI SURAU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA.


Pada setiap tahun, diakhir atau penghujung Ramadan pihak AhlijawatanKuasa Surau Kuala Merbok akan mengadakan majlis yang disebut oleh masyarakat setempat sebagai kenduri surau. Pada tahun ini pihak surau telah menetapkan tarih kenduri surau pada hari Khamis 30/6/2016 bersamaan 25Ramadan 1437H. Dijemput semua untuk menjayakan gotong royong memasak serta penyediaan juadah berbuka puasa Kebiasannya pihak surau akan menerima sumbangan dari pihak kariah mahu pun pihak diluar kariah untuk menjayakan kenduri surau,seperti menyumbang binatang ternakan- kambing,lembu dan sebagainya.


Kenduri Surau.

Pada Sabtu 2hb.Julai 2016 bersamaan 27Ramadan 1437 akan diadakan sekali lagi majlis berbuka puasa di Surau kuala Merbok, semua anak-anak kariah yang baru balik dari perantau untuk merayakan Aidilfitri dijemput hadir berbuka bersama ahli-ahli kariah dan Ahlijawatkuasa Surau Kuala Merbok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan