Rabu, 8 Julai 2015

LOMANG - BUAT CHARO KITO


Minggu depan Syawal akan menjelma dan kesibukan kita bertambah tambah lah untuk menyiapkan kueh aneka jenis,tapai,wajid,dodol, langsir serta pendek kata serba serbilah yang nak disiapkan. Juadah yang tak boleh ditinggalkan adalah lomang yang dibuat dan disediakan dengan cara kita. Cuba kita lihat panduan dan pertua yang ditulis oleh Encik Aziz Ujang untuk menyediakan lemang dan seterusnya membakarnya.

Perkara yang harus diberi perhatian ketika menyediakan buluh lemang.

1. Pangkal buluh yang atas dikebawahkan. Tujuan untuk mengelakkan lemang "muntah" bila dibakar.

2. Bila memasukan daun pisang kedalam buluh pastikan daun diterbalikkan . Daun yang menghadap keatas melekap di buluh manakala yang di bawah tempat beras pulut. Tujuan supaya daun tidak menguncup di dalam buluh dan isi lemang tidak berlapis lapis.
Untuk memudahkan memasukkan pulut lebihkan sedikit daun dari buluh.

3. Gunakan santan kelapa tua ( sabutnya masih lembab ) Untuk lemang yang lemak dan tidak berminyak . Elakkan dari mengunakan santan kelapa masak yang dah kering sabut.










Jangan lupa juga dalam kesibukan kita persiapan raya, kejarlah malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan :-

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadr) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadr) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan