Selasa, 19 Mei 2015

SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ DI MASJID SEMERBOK 2015.




Ustaz Tuan Haji Ahmad Said -Tampin.

Majlis sambutan Israk & Makraj di Masjid Kariah Kampong Semerbok telah diadakan pada tarikh 16 Mei 2015 dengan penceramahnya bersama Ustaz Tuan Haji Ahmad Tampin.














Alhamdulillah semoga semua anak kariah dapat mengimarahkan rumah Allah ini dan memperbanyakkan pengisian majlis ilmu pada masa-masa akan datang dan dapat menyatukan hati-hati anak kariah. Foto majlis adalah sumbangan dari saudara Aziz Ujang.

Khamis, 14 Mei 2015

SURAU KUALA MERBOK NAN BARU.



Surau Kuala Merbok - Kini.


Surau Kuala Merbok - Dulu.

Binaan baru, walau pun mengikut pelan binaan lama tapi dibuat beberapa pembaharuan bagi mempertingkatkan lagi keselesaan jemaah, antaranya seperti laluan masuk yang dulunya bertangga, sekarang terus boleh masuk melalui laluan khas seperti foto dibawah. Beranda disebelah luar kanan dan belakang surau yang dulunya tak ada. Beberapa pembaharuan lagi terdapat didalam surau yang perlu tuan-tuan kunjungi jika ingin mengetahuinya.














Dijangka Surau ini akan siap sepenuhnya apabila menjelang Ramadhan dan boleh lah berterawih disini. Dari maklumat yang diperolehi dah ada beberapa penaja bagi majlis more disurau ini dan dijangka perasmiannya akan menyembelih lembu seekor. Semoga surau ini terus diimarahkan dengan majlis-majlis ilmu setelah wajah baru yang diimpikan telah terlaksana.

* Foto dan maklumat adalah dari Saudara Aziz Ujang dan Pengerusi Surau, saudara Rosli Yasin.

Khamis, 7 Mei 2015

MAJLIS GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU BINAAN BARU DI KUALA MERBOK.


Surau Baru Kuala Merbok.

Gotong royong bagi membersihkan surau baru Kuala Merbok ini telah dijalankan pada tarikh 3hb.Mei dari jam 3.00petang hingga 5.30petang. Peserta-peserta yang terlibat dan menjayakan program gotong royong ini adalah terdiri dari Ahli Jawatankuasa Surau Kuala Merbok, Kumpulan Khairun Nisa', jemaah Surau Kuala Merbok dan Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.Turut hadir bersama dengan kerja-kerja gotong royong ini adalah Ketua Cawangan UMNO Semerbok. Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan majlis gotong royong ini, semoga Allah sahaja yang membalas budi baik serta kerja-kerja amal yang tuan-tuan curahkan keatas Surau baru kampong kita ini.


Alhamdulillah, bangunan Surau yang dibina baru tersergam nan indah untuk warga Kuala Merbok khususnya dan kariah Semerbok am nya. Syabas kepada Pengerusi Surau dan Ajk Surau Kuala Semerbok atas usaha dan ikhtiar tuan-tuan semua untuk membina surau baru di tapak lama.Walau pun menghadapi berbagai rintangan,namun usaha-usaha tetap diteruskan dengan jayanya hingga terbina dan tersergamnya Surau Kuala Merbok yang berwajah baru ini. Marilah kita beramai-ramai datang ke surau ini menunaikan solat lima waktu dan hadir ke majlis-majlis ilmu yang diadakan disini.






















Setelah penat lelah membersihkan surau, 
menjamah hidangan yang dibekalkan ajk surau turut dijamah.



Syukur kehadrat Allah Ta'ala kerana melimpahkan kurnianya terhadap kami dengan mengurniakan seorang hamba yang menghulurkan sumbangan bagi pembinaan surau baru ini. Syukur dan terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang berkenaan.

Selasa, 21 April 2015

RUMAH NAN GADANG ANTARA BENTUK RUMAH TRADITIONAL NEGERI SEMBILAN.


Sepertimana rumah-rumah traditional lama di dearah Rembau yang kelihatan di foto ini, ianya memang unik dan cantik. namun bilangan rumah-rumah tradional ini makin mengecil dan adakalanya ditinggalkan tanpa berpenghuni.


Rumah Traditional Kampong Sungai Serai - Semerbok.

Mahligai lama - Di Kampong Penajis.


Rumah traditional - Kampong Gadong.

Kelihatan rumah gadang yang dibina kembali dan dibaik pulih serta kelihatan amat cantik sekali. Mungkin kehalusan seninya mendapat sentuhan dari tukang kayu dari seberang dengan modal yang agak besar, namun kerana minat akan seni bina traditional, maka yang empunya mahligai nan gadang ini sanggup membinanya kembali. Blog Semerbok Ku Nan Tuo memandang dari sudut senibina dan kehalusan sentuhan tukangnya yang tersendiri sempat merakamkan beberapa foto menarik tentang rumah ini. Tahniah dan syabas yang empunya mahligai idaman ini.





Alangkah cantiknya rumah-rumah lama yang terbina didaerah Rembau yang seharusnya kita pelihara, biar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, selari dengan daerah Rembau daerah beradat.