Selasa, 8 Januari 2019

PENGISIAN MAJLIS "JOM CUCI MASJID" PADA 6/1/2019.




          Ketibaan biker-biker, Seniman, serta rombongan Media Prima dan yang lain-lian juga.






Pada kira-kira jam 9.30 pagi 6/1/2019 pengacara majlis dari Media Prima telah mengumumkan aturcara sepertimana dirancang. Pada sebelah pagi Solat Dhuha berjamaah yang dipimpin oleh Ustaz Hanafiah. Kemudian kerja-kerja gotong royong mengecat bahagian luar masjid.Selepas itu tazkirah di perkarangan tanah perkuburan didepan masjid (sepertimana kelihatan difoto). Acara seterusnya jamuan makan tengah hari serta sembahyang Zohor berjamaah. Selepas solat zohor upacara menyampaikan sumbangan barangan makanan (beras & minyak masak) kepada para asnaf (100 paket), sumbangan kepada masjid kain kapan & set. Jam 3.30petang bersurai.



Antara tiga Ustaz yang memberi ceramah/tazkirah.
(Ustaz Hanifiah, Ustaz Shukri)





                                        Selesai tazkirah semua dijemput menjamu selera.








Rakaman ucapan Tok Ketua Kampung En.Ridwan Wahab & 
selepas itu Pengerusi Masjid - Tuan Hj Johari serta Pengurus Media Prima


YB Ismail menyampaikan sepatah dua kata mengenai majlis.


                                 Antara penerima sumbangan kepada Asnaf Kariah Semerbok.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberkati majlis dengan lancar hingga keakhir. Kutipan sumbangan kepada Masjid Semerbok yang telah dikumpulkan pada majlis ini adalah sebanyak RM4,900.00. Jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma, syukur juga kepada Tok Ketua Kampung yang baru, encik Ridwan Wahab dan Pengerusi Masjid Semerbok Tuan Haji Johari serta semua orang-orang kampung Semerbok, biker-biker yang begitu ramai, Persatuan Seniman, Syarikat-syarikat yang menyumbang, terutama Media Prima yang menjayakan majlis ini dengan begitu berjaya. Slot berita TV3 juga telah menayangkan majlis ini pada hari yang sama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan