Khamis, 25 Mei 2017

PEMBAHAGIAN ZAKAT, BARANG-BARANGAN KEPERLUAN DAN DUIT UNTUK ASNAF-ASNAF KG SEMERBOK.


Pada 25hb.Mei 2017 pihak Surau Kuala Merbok bersama penyumbang-penyumbang telah mengadakan majlis pembahagian zakat, barang-barang keperluan seharian serta wang bagi semua asnaf menghadapi dan menjalani ibadah puasa yang hampir tiba. semua asnaf di Kampong Semerbok telah dipannggil untuk menerima bantuan berkenaan.

Golongan yang tersenarai untuk dibantu ketika ambang ramadhan menjelma adalah golongan Asnaf. Apakah kumpulan atau golongan asnaf itu :- 

8 Golongan Asnaf yang layak menerima zakat

Firman Allah swt dalam surah At-Taubah ayat 60 yang bermaksud :-


“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang miskin dan amil-amil dan muallaf yang dijinakkan hati-hati mereka dan hamba-hamba yang hendak memerdekakan dan orang-orang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan”.
  1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.
  2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
  3. Amil – orang yang dilantik untuk memungut dan mengagih wang zakat.
  4. Muallaf – seseorang yang baru memeluk agama Islam.
  5. Riqab – seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri.
  6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
  7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
  8. Ibnus Sabil – musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
Rakaman foto yang sempat blog paparkan ketika majlis berlangsung :- 


Pengerusi majlis sedang menyampaikan aturcara yang berlansung.


Pengerusi Surau memberi ucapan sepatah dua kata bagi menyerikan majlis.






Asnaf yang hadir.














Selamat menjalani ibadah puasa dari kami blog Semerbok Nan Tuo, Semua Ajk Surau Kuala Merbok, Kumpulan Marhaban Khairunnisa serta dari Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan