Ahad, 6 November 2016

REUNION BEKAS PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA RAJA & SEKOLAH MENENGAH DATUK ABDULLAH (SKAR/SEMENDA)


Dengan kerjasama semua ahli-ahli SKAR/SEMENDA 1978 - 1983 serta Jawatankuasa Reunion maka pada 29/10/2016 - 30/10/2016 Reunion SKAR/SEMENDA telah berlangsung di banglo A'Famosa Resort Melaka. Kira-kira seramai 70 ke 80 orang ahli-ahli yang telah hadir.Difahamkan sebanyak tiga unit banglo telah ditempah bagi menjayakan reunion ini.

Sesi ketibaan pada jam 2.00petang serta sesi bergambar.










Acara disebelah petang dikhaskan untuk kanak-kanak 
dan remaja,namun foto-foto aktiviti mereka
 tak sempat dirakamkan oleh penulis.








Sembahyang Maghrib berjamaah 
serta bacaan yassin & tahlil turut diadakan.


Sambil menikmati hidangan makan malam yang 
disediakan turut juga cubutan bertuah diadakan 
dan diselang seli dengan acara-acara  karaoka terbuka.









Majlis berhenti setakat jam 12.00malam.


Disebelah pagi hari Ahad 30/10/2016 bagi yang menginap dibanglo, 
hidangan sarapan pagi telah disediakan. 
Majlis bersurai kira-kira jam 1.00tengah hari.






Setinggi ucapan tahniah kepada semua Ajk yang bertungkus lumus menjayakan "Reunion Skar 79/Semenda 83 serta ahli-ahli yang turut menjayakan aktiviti reunion. Ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang makanan,minuman serta hadiah-hadiah kepada semua ahli yang hadir serta ahli-ahli keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan