Ahad, 20 September 2015

KULIAH MAGHRIB DI SURAU KUALA MERBOK.


Pada malam 19hb.September 2015 bersamaan hari Sabtu, sepertimana yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa surau, Kuliah Maghrib telah diadakan di Surau Kuala Merbok yang telah disampaikan oleh Ustaz Faturrahman.


Ustaz Faturrahman.



Sebahagian dari rakaman yang sempat
dirakam oleh penulis blog.




Alhamdulillah, begitu ramai yang hadir ke majlis ilmu ini, teruskanlah anak-anak kariah datang menimba ilmu dan mengimarahkan surau kita yang serba baru ini. Begitu aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang diadakan disini, yang terbaru pihak Ajk telah merancang akan mengadakan kursus jenazah bagi muslimat disamping kelas-kelas Al-Quran yang sediaada. Rebutlah peluang untuk menambah ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah agama serta aktiviti lainnya yang dijalankan disini.

1 ulasan:

  1. Syabas dan tahniah kepada Ajk Surau Kuala Merbok kerana kerap mengadakan ceramah dan aktiviti kemasyarakatan bagi menghidup dan mengimarahkan surau dengan aktivitinya.

    BalasPadam