Jumaat, 7 Ogos 2015

TAHLIL KUBUR.


Foto hiasan.

Hari Jumaat 7hb.Ogos 2015 dan bersamaan 22Syawal 1436H, ada baco doa/tahlil kubur/tahlil arwah di mesjid Semerbok.Sudah menjadi kebiasaan tahlil ini diadakan tiap tiap tahun pada bulan Syawal. Dulu dulu disebut dengan " kenduri kubur " baca doa " sekarang disebut dengan nama tahlil kubur.Tapi maksudnya dan tujuan sama. Majlis ini diadakan selepas solat Jumaat .Menu yang dibawa kemajlis ini adalah makanan yang digemari oleh emak, ayah dan nenek moyang semasa hayat mereka. Tidak hairanlah makanan seperti daging salai gulai, telur itik gulai berasamkan daun gelugur atau kulit rambai, bacang muda, belimbing buluh atau buah tampang dan lain lain dihidangkan.Ada tiga tanah kubur di Semerbok, Sungai Serai, depan Mesjid dan belakang Balai Raya. Hari ini ada gilaran kubur depan mesjid pula. Jadi tiga kali Jumaat tidak payah makan tengahari di rumah.


Daging Salai.


Daun ASam Gelugur.


Daging Salai.


Udang & pucuk paku.


Daging Salai dan pucuk ubi kayu.

*Sumber dan berita dari Encik Aziz Ujang - Semerbok Nan Tuo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan