Ahad, 1 Mac 2015

PEMBINAAN SEMULA SURAU KUALA MERBOK - FASA KE 2

Kerja-kerja pembinaan surau ini telah memasuki fasa kedua yang memperlihatkan kemajuan pembinaan mencapai sekitar 60 peratus. Pemeriksaan dan pemantauan berkala kerap dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Surau yang terdiri dari Encik Rosli dan Ajk yang lain.




Cadangan asal untuk mengekalkan lapik tiang surau lama adalah tidak relevan, memandangkan kadar bebanan konkrit slab tidak mampu ditanggung oleh lapik tiang yang telah berusia. Pihak kontraktor menasihatkan tidak menggunakan lapik tiang (lama) yang berusia kira-kira70 tahun itu.Mungkin ianya boleh diletakan sahaja sebagai hiasan diantara tiang-tiang yang dibina baru. Ini bagi mengingati sejarah lama surau berkenaan, tapi jika tidak diletak pun kita tidak akan lupa pada jasa-jasa kepada pembinaan asal surau ini. Tiada yang lama mana datangnya yang baru. Setakat 27/2/2015 pembinaan semula surau ini berjalan lancar sepertimana terpapar diblog ini.





Kontraktor dan Ahli Jawatankuasa Surau sedang 
berbincang mengenai kemajuan pembinaan.


Tuan Pengerusi Surau - kiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan