Rabu, 19 November 2014

SURAU KUALA MOBOK NAN DOIF.


Surau Kuala Merbok kelihatan usang tapi ianya cukup berjasa. Tiap tiap minggu ada saja majlis ilmu diadakan di surau ini . Walaupun berkeadaan doif , tiap kali diadakan majlis ilmu surau ini tetap penuhi oleh jemaah sampai ketangga. Blog Kampong Semerbok Nan Tuo merayu kepada semua para penderma agar membantu Ajk Surau untuk membina surau baru, hulurkan bantuan agar majlis ilmu di surau ini diimarahkan dengan lebih giat lagi setelah adanya surau baru. Marilah kita lihat kedoifan yang sedang dialami surau yang diasaskan oleh Tuan Guru Syeikh Hj Ahmad Muhd Said Linggi ini.


Surau Kuala Mobok.

   Ado atap. nak diganti kayu rabung pun rhoput 
dimakan dek anai-anai.


Dah macam hi-way jalan anai-anai.


Yang ni tunggu ruuum je.


Kesan pereputan kayu dek anai-anai,
 itu pun disembur racun.


Aduiii , dah ado busut dah.


Keadaan atap yang usang.




 Antara gotong royong dan majlis-majlis ilmu yang dijalankan disini.





Encik Rosli Yasin - Pengerusi Surau.


Encik Hashim - Bendahari.

Segala sumbangan bolehlah berurusan dengan Pengerusi ditalian 013-2101797 dan nombor talipon bendahari surau encik Hashim 0123731485. E-mail blog Kg Semerbok Ku Nan Tuo, utzctros@gmail.com. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik tuan puan semua diatas segala sumbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan