Jumaat, 21 Mac 2014

MAJLIS ILMU PERDANA DI SURAU KUALA MERBOK.


Pada 21hb.March 2014 bersamaan hari Jumaat telah berlansungnya Majlis Ilmu Perdana di Surau Kuala Merbok dengan ketetapan masa yang telah diprogramkan oleh Ahli Jawatankuasa Surau berkenaan, iaitu disebelah pagi gotong royong melapah lembu dan selepas Zohor memasak serta disebelah malam majlis ilmu berlangsung dengan Penceramah bebas Al-Fadhil Ustaz Khalil bin Hj Ismail.


Ajk Surau Kuala Merbok menyediakan kad jemputan bagi menjemput semua warga kariahnya untuk hadir kemajlis ilmu yang diadakan.


Rosli Yasin.

" Timo kasih pado penyumbang seko lombu pada majlis malam ini, kami Ajk Surau mengucapkan timo kasih, moga ALLAH membalas budi baiknya..amin "....ucapan dari Pengerusi Surau Kuala Merbok Encik Rosli Yasin.



Kaum hawa juga tidak ketinggalan berkerjasama menjalankan kerja-kerja penyediaaan juadah hidangan untuk makan malam bagi dihidangkan selepas majlis ilmu berlangsung.


Ramai warga Mobok hadir bergotong royong memasak.


Ramai-ramai bekerjasama menyumbang tenaga untuk 
mengimarahkan majlis ilmu di Surau Kuala Merbok.





Gotong royong yang dijalankan disebelah pagi.


Cif masakan.


Gulai lembu masak lomak cili padi.


Inilah Warga Mobok yang telah menyumbang se ekor lembu 
bagi majlis Ilmu Perdana d Surau Kuala Merbok.

Sikap penduduk kampong yang sememangnya kita kenali gomar bergotong royong adalah menjadi nadi kehidupan didesa yang aman lagi damai ini, sesungguhnya adat bergotong royong ini semakin terhakis didalam masyarakat zaman ini dan sama-samalah kita perlihara adat nenek moyang kito agar ianya tidak ditolan zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan