Pada hari Sabtu 1hb Februari 2014 bersamaan dengan 1 Rabiulakhir 1435Hijrah telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak Pakcik Awi (Zawawi) di Kampong Semerbok. Penulis minta maaf kerana tidak mengingati nama pengantin, jika ada sebarang maklumat dari sedara mara Pak Cik Awi sila kirimkan ke pada penulis blog.
Senyum kegembiraan si pengantin dek kerana Raja Sehari dan senyum para ibu bapa kerana kegembiraan anak telah bertemu jodoh, nan amanat agama telah tertunai lah sudah......semoga kekal keanak cucu, tahniah dari kami warga Semerbok kepada encik Zawawi dan isteri kerana menerima menantu serta tahniah dan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai.
Mempelai sampai kira-kira 12.30 tengah hari dengan
dipayungi serta diapit oleh pengapitnya.
Kedua pasangan pengantin yang diraikan pada hari ini.
Pak Cik Awi (Zawawi) dan isteri sedang menunggu tetamu.
Menu utamo daging dan rebong....sodap aie....
Antara tetamu dari Bukit Beruntung dan Kuala Lumpur.
Encik Hamzah dan encik Kamarulzaman diantara tetamu yang hadir.
Sudut berkaraoke tetap ado...lagu apo kak milah...
(bukan namo sebonar )
Abang Aziz Ujang - " Pos foto yang bergayo nampak aei...."
Dalam majlis berginilah sedaro maro berjumpo dan berbual mesro.
Para warikh - orang pangkal, pertugas berehat sebontar.
Nampak aie kono masak nasi laei ni....tetamu dah datang bertambah ramai, begitulah agaknya yang perbualan antara tukang masak di tompat dapur masak. Semerbok masih mengamalkan lagi sikap bergotong royong didalam majlis-majlis perkahwinan dan termasuk lah majlis perkahwinan pada hari ini.
Kaum ibu juga tengah stanby memerhatikan lauk pauk
mencukupi bagi majlis hari ini.
Khemah dan jalan masuk ke Majlis Perkahwinan.
Deretan kereta yang dipakir (parking) menghala
ke ulu hingga kodai Pak Cik Kortal.
Yang ke hilir hingga ke rumah omak den.
Cuaca pada hari majlis amat baik - paneh tapi berawan.
Sebenarnya ada beberapa majlis diadakan di Mobok ( Majlis Perkahwinan, majlis Doa selamat, Majlis tahmiq ) dan penulis hanya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan ini sahaja lantara ada urusan yang tak dapat dielakan.Mohon maaf kerana tak dapat hadir kepada Mak Lang Zainab serta satu lagi jemputan perkahwinan di Semerbok. Jika sesiapa ingin memberi maklumat atau foto=foto majlis berkenaan sila e-mail ke aisbatu2003@yahoo.com.
* Dua foto perkahwinan yang teratas adalah sumbangan dari saudara FB Mui Raselan.
* Dua foto perkahwinan yang teratas adalah sumbangan dari saudara FB Mui Raselan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan