Khamis, 3 Oktober 2013

ROTI CANAI PADANG - ABANG HAMZAH.




Abang Hamzah - taukeh roti canai.

Eh..bilo kau balik ? Keria noreh tak !! dio tu sakit jantung dah tu, perlu rehat banyak dan makan ubat. Hari tu masuk hospital Melako, den poei menziarah dio kat hospital. Tu lah kito dah tuo ni macam macam penyakit ado....ha kirim salam kat dio yo.....kau tak nak minum ko...tak pa la bang bungkus je la jawap den sambil duduk di kerusi kodainya......(bila abang Hamzah ni tau den adik Zakaria begitulah leterannya sambil mencanai roti canainya).


Inilah abang den Keria (Zakaria Redza - Rebo).


Rumah dan kedai abang Hamzah ini terletak ditepi jalan Kampong Padang dan laluan dari Astana Raja ke Kampong Semerbok atau terus ke Legung Jaya melalui Kilang Getah Kota Trading yang sebelah Kampong Baru Cina dan akan keluar ke Kilang Getah Kota Trading jalan besar Tampin Seremban.

Perniagaan kodai ni hanya sebelah pagi sahaja (sampai pukul 11.30pagi), menu yang disediakan roti canai, bihun sup, bihun goreng, mee dan nasi lomak, selain kueh mueh. Masa den datang ke kodai ini jam 7.00pagi pelanggannya baru mula datang berkunjung untuk sarapan pagi.



Roti Canai 8 koping.




Sarapan pagi den ngan Omak.



 Ni la Kodai Abang Hamzah.



Nampak macam rumah tapi Kodai teh dan roti canai.



Ni jalan menghala ke Mobok.



Depan Kodai / Rumah ni ado lak batu tunjuk 
arah ke Mobok (Legung Jaya)


Ni jalan arah Astana Rajo dari 
depan kodai Roti Canai.

Sebenarnya duduk dikampong juga boleh senang jika berusaha dengan keras. Bila rajin dan berusaha walau dimanapun kejayaan akan menunggu, segala kemudahan telah tersedia oleh pihak kerajaan dan kita sebagai rakyat hendaklah perihatin untuk merebut peluang-peluang yang disediakan. Contohnya taukeh roti canai ni, dari dulu lagi dia berusaha dan berniaga, tak payah merantau. Kereta ,motorsikal, basikal mahupun kereta sorong semua beliau ada malah macam den ni kereta buruk je yang ado....tapi marantau kat KL. Nampaknya orang kampong laei sonang dari den yang merantau....kereta sorong tu gurau je abang Hamzah, nanti kena pelangkung palo den lak........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan