Makam panjang di perkarangan
Masjid Semerbok.
Masjid Semerbok -
pandangan dari sudut tepi tanah wakaf.
Diantara sebab musababnya den panggil Kampong Semerbok Nan Tuo adalah kerana terdapatnya makam-makam Tok Nungka Nangkir, Makam Panjang Nan tuo dan sebuah lagi akan den terbitkan dimasa akan datang, ianya juga terdapat disemerbok.
Makam panjang yang dipaparkan den tak tahu asal usul cerita dan sejarahnya kerana orang-orang tuo dulu-dulu banyak berahsia tentang cerito makam ini, jadi termasuk la den tak tahu asal usulnya makam tersebut. Diharap suatu masa nanti den dapat mengkaji milik siapakah makam tersebut dan asal-usulnya juga, jika sesiapa yang tahu silalah beritahu den dan bolehlah kito samo-samo bercerito disini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan