Sabtu, 3 November 2012

KERATONG EMPAT -TERATAK ENCIK HAMZAH & PUAN RAHIMAH



Inilah Mahligai Idaman - 
Encik Hamzah Deris dan Puan Rahimah Ishak.
(Ketua Blok 16 - Keratong 4 )


Teratak Idaman.

Encik Hamzah dan Kak Rahimah adalah rakan kami menunaikan Umrah pada bulan Jun/Julai 2012 yang lalu dan walau pun telah kembali ketanah air hubungan silatulrahim tetap terjalin diantara jemaah kami. Raya Qurban pada tahun ini den berkesempatan berkunjung keteratak atau mahligai abang Hamzah dan Kakak Rahimah di Keratong 4. Den tengok bukan main bosar rumahnya............kalau dari Rembau kira-kira 150km, melalui Kg Batu - Jelai - Bahau dan Jempul serta Keratong. Cuma dekat jelai jalan agak teruk banyak lubang (bobby trap) dan keto den terkono trap ni dan pocah tayar ai...terima kasih kepada adik-adik asokar yang membantu menggantikan tayar spare den.......



Encik Hamzah sedang berbual dengan kami bercerita tentang majlis ibadah qurban ditempatnya serta beberapa majlis raya Aidil Adha dikawasan blok kediaman yang diketuai olehnya sambil menjamu selera sepertimana hidangan yang dihidangkan diatas meja berkenaan. Bermacam hidangan disediakan bagi menyambut kedatangan kami kesana, sup gear box, sate ayam, rendang, kueh mueh serta buah durian. Termasuk juga pulut durian, kueh sagu dengan air gula kabung sebagai pencuci mulut.


Puah Rahimah berceloteh bersama den bercerita tentang kemeriahan raya qurban pada tahun ini dirumahnya sambil menikmati hidangan yang disediakan. Menariknya dikawasan puan Rahimah ini dimalam raya qurban majlis "bara an" dijalankan oleh pihak lelaki sehingga 12.00malam sahaja (termasuk anak-anak lelaki), berkunjung disetiap rumah kejiranan blok 16. Pihak perempuan pula sebelah pagi selepas sembahyang raya turut mengadakan majlis "bara an" serta beselawat disetiap rumah yang dikunjungi dengan diiringi juga anak-anak perempuan saja. Difinisi "bara an" ini mungkin ayat orang jawa dan istilah tepatnya den tak berapa tau lah, tapi sama maknanya dengan "berkunjung" kot atau bertandang.


Den tengah menung ni ha....kak Rahimah suruh juga den makan lagi sedangkan perut dah penuh dan hidangan masih banyak lagi katanya...alon-alon lah kosik sedikit lagi.


"Kau tengok la...sup tu panas lagi abang Hamzah yang sediakan tu.....ambik la kueh pencuci mulut tu sagu dengan manisan gula kabung,susah nak cari le...aha..tengok durian yang jiran akak bagi tu, mereka juga memberi durian bila dengor kau nak datang kerumah akak..makan makan jangan malu dan jangan segan......lepas ini kita ngait rambutan belakang rumah ni ha............mana larat lagi nak makan kak ......



Tengok la durian ni ha...den jamah la jugak walau perut dah penuh...sodap........


Anak den 3 orang dibawa berkunjung kerumah ini.



Abang Hamzah ngait rambutan - 
sampai seguni dibekalkannya.



Ada empat atau lima batang pokok rambut dibelakang rumah.



Semut dekat buah rambutan ni banyak dan cara nak menghilangkan semutnya kata kak Rahimah dengan membasuhkan buah-buah rambutan ini kedalam air dan kemudian barulah dimasukakan didalam bekas atau guni.



Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada keluarga abang Hamzah dan kak Rahimah di Keratong 4, menyambut kami dengan begitu mesra dan ihklas hati. Semoga abang dan kakak dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur yang dirahmati oleh Allah jua.Sehingga jumpa laei dilain maso.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan