Khamis, 29 September 2016

NENAS "SEMERBOK NAN MANIS"

Pengeluaran produk tanaman nenas di Kampong Semerbok telah mula mengeluarkan hasil serta pengeluaran nenas yang manis serta berkualiti. Hasil tanaman nenas ini juga turut dijual kepada orang-orang kampong serta pembeli yang lain. Marilah kita mencuba rasa nenas ini dan dijamin produk bermutu.





Berita dan foto dikirimkan oleh En.Aziz Ujang.

Ahad, 25 September 2016

WALIMATUL URUS OLEH SAUDARA MOHD JOHARI REDZA & MAZNI BT BAHARUDDIN


Pada Sabtu 24hb.September 2016 telah berlangsungnya majlis perkahwinan antara Mohd Khairuddin bin Mohd Johari dan Nurul Zafirah bt Alam Shah (dari Putra Jaya) di Dewan ( The Grand ) Lukut Negeri Sembilan. Mohd Khairuddin merupakan anak pertama atau sulung kepada pasangan En.Johari dan Puan Mazni daripada enam anak-anaknya. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat diucapkan kepada kedua-dua pengantin. Encik Mohd Johari berasal dari Semerbok dan Puan Mazni dari Astana Raja dan inilah majlis menerima menantu pertama (sulung) mereka yang disambut sungguh meriah, kita saksikan kemeriahannya dengan foto-foto terakam oleh penulis.



Dewan The Grand.
Lukut.






Wan Sabiah bt Alan - duduk ditengah 
diapit oleh cucu dan menantu.


Encik Mohd Johari dan Puan Mazni & Pengantin 
serta adik beradik En.Mohd Johari.


Pengantin dan sepupu-sepupunya.


Ibu Pengantin serta Ipar duainya.



KULIAH MAGHRIB BERSAMA USTAZ ZAMRI MOHD ISA - SURAU KUALA MERBOK.


Pada Sabtu 24hb.September 2016 bersamaan 22Zulhijjah 1437H telah berlansungnya ceramah dan kuliah Maghrib iaitu Kuliah Tauhid yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamri Mohd Isa.






Isnin, 19 September 2016

TANAMAN NENAS DI SEMERBOK - "SEMERBOK NAN MANIS".

Pengusaha-pengusaha tanah terbiar telah menebus guna tanah sawah dengan tanaman nenas dan buat masa ini tanaman tersebut telah mengeluarkan hasil serta produk yang seharusnya dibanggakan. Tanaman nenas ini juga bukan sahaja manis dan tidak rasa gatal lidah apabila memakannya. Pada pandangan penduduk Semerbok ianya juga seharusnya di patentkan sebagai produk Kampong Semerbok. Kita lihat foto-foto tanaman ini...


Produk Nenas "Semerbok Nan Manis"







Kawasan tanaman Nenas.


Berita dan foto adalah kiriman Encik Aziz Ujang.

PESEMBAHAN DIKIR REBANA DIDEWAN MERDEKA REMBAU.

Pada 17/09/2016 bersamaan hari Sabtu, Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah membuat persembahan di Dewan Merdeka Rembau, Majlis Perkahwinan.








Ahad, 18 September 2016

JOM KITA KE SURAU KUALA MERBOK.



Sebagaimana biasa kehadiran Ustaz ditunggu-tunggu oleh semua jemaah Surau Kuala Merbok dan jom lah kita sama-sama mendengar ceramah dan kuliahnya disini.

Khamis, 15 September 2016

MERIAHNYA IBADAH QURBAN 1437H DI SURAU KUALA MERBOK.

Tahniah kepada semua AhliJawatankuasa Surau Kuala Merbok kerana telah berjaya menjalankan ibadah qurban dengan jayanya. Kerjasama dan kesepakatan yang erat terjalin jelas kelihatan diantara penduduk dan Ajk Surau,disamping peranan yang dimainkan oleh semua kariah yang hadir cukup membanggakan.


















Tahniah dan terima kasih semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti mengimarahkan surau kita,teruskan dengan niat keihklasan demi berbakti kepada agama. Selamat hari Raya Qurban dari kami semua Ahlijawatankuasa Surau Kuala Merbok.