Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 31/8/2016
KOTA – Penduduk terutamanya Sembilan
kediaman di Kamung Semerbok, disini berasa kesal dan kecewa apabila masalah
debu dan habuk dari kerja-kerja pembangunan tebang semula pokok berpanjangan
selama hampir tiga bulan.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati debu habuk berterbangan selain tompokan
lumpur yang sudah mengering serta tebal dibahu jalan.
Menurut perniga En Zamrus Kidam
55, masalah debu serta habuk berlarutan sebelum Ramadan lalu iaitu sekitar Mei
dan sehingga kini masalah berkenaan masih belum diatasi.
“Saya sebagai perniaga pun kesian
dengan pelanggan yang tak selesa bila datang minum dikedai ini.Nak buat macam
mana,kalua musim panas, habuk serta debu berterbangan masuk kedalam air dan
makanan”.
“Jadi, saya harap sangat pihak
bertanggungjawab dapat ambil langkah siram air dikawasan ini sepanjang kerja-kerja
membawa keluar kayu yang ditebang dibuat” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui disini, kelmarin.
Bagi bekas Pengerusi JKKK, Mohd
Shah Joned, 75 susulan masalah habuk dan debu itu dia terpaksa menutup kesemua
tingkap dan pintu rumahnya kerana lokasi jalan keluar masuk lori berkenaan
kurang lima meter dari rumahnya.
“Selalunya pagi-pagi saya buka
tingkap bagi angin keluar masuk tapi sekarang tak lagi,tak tahan habuk. Saya
serahkan pada anak saya untuk bawa masalah ini pada JKKK sebab saya dah
berusia,dah tak larat”katanya.
Menurut Hamidun Shaari 47, selain
masalah habuk dan debu serta selut yang terlalu banyak dijalan kampong berkenaan,
dia berharap agar kerja-kerja penebangan berkenaan serta membawa keluar kayu
dapat dipantau dari semasa kesemasa. “Pantau dari segi muatan sama ada mengikut
had ditetapkan atau tidak.Malah saya harap mereka juga dapat mematuhi had laju
bagi tujuan keselamatan” katanya.
Sementara itu,Pengerusi JKKK
Kampung Semerbok, Ramli Lamin berkata,pihaknya ada menerima aduan penduduk
sebelum ini dan berharap agar penduduk bersabar sementara menunggu kerja-kerja
berkenaan dijangka selesai dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya,sebagai tindakan
awal,JKKK sudah berbincang dengan pihak kontraktor dan juga Tanam Semula
Berkelompok (TSB) bagi langkah penyelesaian.
Bagaimana pun, ini merupakan
projek pembangunan dan peserta terbabit dalam projek ini sekitar 60 penduduk
dimana 70 peratusnya adalah penduduk kampong ini.Jadi kita harap agar semua
penduduk bersabar”katanya.