Ahad, 17 Julai 2016

MAJLIS RUMAH TERBUKA SAUDARA DWAN WAHAB DIKAMPONG SEMERBOK.

Pada tahun ini penulis juga tidak berkesempatan untuk menjamah daging ghuso kerana sibuk dengan kojo, alangkah meriahnya jika dapat hadir, walaubagaimana pun terima kasih banyak kepada saudara dwan dan isteri kerana sudi menjemput kami warga blog Semerbok Nan Tuo ke majlis Jamuan raya pada tahun ini. Marilah kita saksikan dengan foto-foto dimajlis berkenaan yang dipaparkan dibawah ini.


Dwan Wahab.


Rusa sebagai jamuan Ghayo.










MAJLIS DOA SELAMAT DI KEDAI ABANG HAMZAH KAMPONG PADANG.


Pada Raya kedua iaitu Khamis malam Jumaat 7/07/2016 pihak jemaah Surau Kuala Merbok telah dijemput untuk bersama membacakan doa selamat dirumah kediaman pusaka berhampiran kedai Abang Hamzah dan selesai majlis doa selamat semua hadirin dijemput menjamah hidangan yang tersedia dikhemah kedai bersebelah dengan kodai.












Abang Hamzah - tersenyum lebar.

DIKIR REBANA SEMERBOK NAN TUO KEMBALI MENJALANI LATIHAN.


Dikir Rebana akan memulakan latihan pada 19/07/2016 , Selasa malam Rabu dari jam 9.30malam hingga 12.00 malam. Bertempat di Shelter Lereng Bukit Semerbok. Kepada peminat-peminat kesenian warisan Dikir Rebana di daerah Rembau adalah dialu-alukan untuk menyaksikan kumpulan ini berlatih.





Kiriman saudara Aziz Ujang - Shelter dilereng bukit.

Rabu, 13 Julai 2016

JAMUAN HARI RAYA DI RUMAH KELUARGA USTAZ FATHURRAHMAN DI KG. SEMERBOK, KOTA, N.SEMBILAN

Pada 13hb.Julai 2016 bersamaan hari Rabu, Ustaz Faturrahman telah mengadakan jamuan dirumah keluarga beliau di Kampong Semerbok. Suasana begitu meriah dikalangan Ahli JawatanKuasa Surau serta penduduk kampung yang berkunjung kerumah beliau.









MERAYAKAN HARI LEBARAN DI RUMAH TUAN GURU HAJI AHMAD SAID DI JOHOL.


Rombongan dari Kampong Semerbok Nan Tuo (Surau Kuala Semerbok) telah berkunjung ke rumah Tuan Guru Haji Ahmad said pada Selasa 11/07/2016 di Johol.Kunjungan mengunjung dihari lebaran adalah satu agenda dikalangan warga dan ajk Surau Kuala Merbok.










Semoga keberkatan ilmu yang dicurah oleh Tuan Guru Ahmad Said di Surau kami mendapat limpah kurnia dari Ilahi kepada semua Warga Semerbok, agar surau senantiasa diimarahi dengan pengajian agama.

Isnin, 11 Julai 2016

SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI DI SURAU KUALA MERBOK.


Pada 1Syawal 1437 bersamaan dengan 6hb.Julai 2016 hari Rabu, buat pertama kalinya Surau Kuala Merbok mengadakan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri dengan jayanya dan diucapkan syabas atas kejayaan mendirikan Solat Sunat Aidilfitri di Surau ini dan kepada semua Ahli JawatanKuasa serta pihak-pihak yang terlibat hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik tuan-tuan semua demi menjayakan Solat Sunat Aidilfitri ini. Syukur alhamdulillah.


Imam sedang berkhutbah (Solat Sunat Aidilfitri).







Foto-foto dibahagian muslimah tak dapat dirakamkan namun ruang solat disudut muslimah juga penuh.






Selepas solat sunat hari raya, surau Kuala Merbok menerima tetamu dari Tampin dan turut dijamu dengan hidangan yang ada.






Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari kami blog Semerbok Nan Tuo.