Ahad, 26 Jun 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID SEMERBOK.


Pada ketetapan 01Julai 2016 bersamaan hari Jumaat 26Ramadan 1437 akan diadakan majlis berbuka puasa di Masjid Semerbok, semua ahli kariah dijemput hadir.


Jumaat, 24 Jun 2016

MAJLIS KENDURI SURAU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA.


Pada setiap tahun, diakhir atau penghujung Ramadan pihak AhlijawatanKuasa Surau Kuala Merbok akan mengadakan majlis yang disebut oleh masyarakat setempat sebagai kenduri surau. Pada tahun ini pihak surau telah menetapkan tarih kenduri surau pada hari Khamis 30/6/2016 bersamaan 25Ramadan 1437H. Dijemput semua untuk menjayakan gotong royong memasak serta penyediaan juadah berbuka puasa Kebiasannya pihak surau akan menerima sumbangan dari pihak kariah mahu pun pihak diluar kariah untuk menjayakan kenduri surau,seperti menyumbang binatang ternakan- kambing,lembu dan sebagainya.


Kenduri Surau.

Pada Sabtu 2hb.Julai 2016 bersamaan 27Ramadan 1437 akan diadakan sekali lagi majlis berbuka puasa di Surau kuala Merbok, semua anak-anak kariah yang baru balik dari perantau untuk merayakan Aidilfitri dijemput hadir berbuka bersama ahli-ahli kariah dan Ahlijawatkuasa Surau Kuala Merbok.

MAJLIS BERBUKA PUASA SERTA AGIHAN BUBUR LAMBUK.


Majlis berbuka puasa akan diadakan pada setiap hari Sabtu setiap minggu dan pada minggu ini jatuh pada 25hb Jun 2016, pihak surau telah pun menjempu Ustaz Faturrahman serta Ustaz Ishak bagi sama-sama mengimarahkan surau dengan majlis berbuka puasa serta sembahyang sunat tarawih. Semua muslimin dan muslimat Kuala Merbok dijemput hadir.

Pihak Ahlijawatankuasa Surau Kuala Merbok telah menetapkan tarikh bagi menyediakan bubur lambuk serta agihannya pada 25/06/2016 Sabtu kepada semua penduduk Kuala Merbok. Jemput semua untuk mengambil bubur lambuk ini secara percuma.




Isnin, 20 Jun 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI SURAU KUALA MERBOK.


Selepas solat sunat tarawih pada 18/6/2016, majlis khatam Al-Quran telah diadakan dengan diketuai oleh Ustaz Ishak. Setelah itu penyampaian cenderahati kepada semua peserta Tadarus yang telah disampaikan oleh Pengerusi Surau.


Tiga dari kanan - Ustaz Ishak Ahmad.








Tahniah serta ucapan terima kasih kepada semua peserta muslimin dan muslimah yang telah bertungkus lumus menjalankan majlis tadarus selepas solat sunut tarawih pada setiap malam. Pihak surau amat berterima kasih kepada penyumbang yang menggalakan aktiviti tadarus serta menyediakan sedikit imbuhan kapada semua peserta yang terlibat.

BUBUR LAMBUK ISTIMEWA DARI SURAU KUALA MERBOK.


Kebanyakan Surau dan Masjid menyediakan bubur lambuk untuk juadah berbuka puasa kepada penduduk setempat. Tak ketinggalan juga Surau Kuala Merbok dengan bubur lambuk istimewa yang disumbangkan para dermawan untuk diagih-agihkan kepada semua penduduk kariah Kampong Semerbok dan Kuala Merbok.Program ini telah dialankan pada Sabtu 18hb.Jun 2016.









Pada sebelah petang pula program berbuka puasa dan Sembahyang Terawih bersama ahli kariah yang dianjurkan oleh Ahlijawatankuasa Surau Kuala Merbok.Program ini diadakan setiap hari Sabtu dan jemputlah kepada semua ahli kariah untuk bersama mengimarahkan Ramadan di Surau Kuala Merbok.

Selasa, 14 Jun 2016

SUMBANGAN RAMADHAN UNTUK WARGA EMAS DIKUALA MERBOK.


SUMBANGAN RAMADHAN UNTUK WARGA EMAS DI KUALA MERBOK KAMPUNG. SEMERBOK KOTA, NEGERI SEMBILAN.

Majlis sumbangan untuk warga emas ini telah dijalankan pada Sabtu 11hb.Jun 2016 dengan diketui oleh Pengerusi Surau Kuala Merbok. Alhamdulillah semua warga tua atau emas yang telah uzur dapat dibantu dengan sumbangan serba sedikit yang dihulurkan, semoga mereka lebih ceria dihari raya Aidilfitri dengan kesihatan yang baik.

"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh[294], dan teman sejawat, ibnu sabil[295] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, Qs 4 (An Nisaa’) :36."

[294]. Dekat dan jauh di sini ada yang mentafsirkan dengan tempat, hubungan kekeluargaan, dan ada pula antara yang muslim dan yang bukan muslim.

[295]. Ibnus sabil ialah orang yang dalam perjalanan yang bukan ma’shiat yang kehabisan bekal. Termasuk juga anak yang tidak diketahui ibu bapaknya.



Puan Mariam Bt Che Ros.


Puan Saedah Bt Yassin.


Puan Maimunah Bt Kadir.

Semoga mereka warga emas memperolehi kesihatan yang baik serta ceria dihari raya Aidilfitri yang bakal mendatang

SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM DIKARIAH SEMERBOK.


Majlis sumbangan kepada anak-anak yatim yang berada di kariah Semerbok yang telah diadakan sebelum Solat Terawih di Surau Kuala Merbok pada Ahad 12hb.Jun 2016 . Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi Surau Kuala Merbok iaitu encik Rosli Yasin. Semoga dengan serba sedikit sumbangan yang dihulurkan oleh pihak surau dapat meringankan beban dari segi perbelanjaan persiapan hari lebaran yang kunjung tiba.


Adik Mohd Yusri bin Mohamad.


Adik Izzudin bin Saharudin.


Adik Hidayah binti Mohamad.

“Dan mereka bertanya kepadamu mengenai anak-anak yatim. Katakanlah, “Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amat baik bagimu.” (QS Al Baqoroh,2:220)

SUMBANGAN RAMADHAN DARI SURAU KUALA MERBOK.


Pada petang 12hb.Jun 2016 telah berlangsungnya penyampaian sumbangan Ramadhan kepada Kakak Asmah bt Derus yang dalam kesedihan akibat penyakit kencing manis serta telah dipotong kaki. Sumbangan ini adalah dari Surau Kuala Merbok dan telah disampaikan oleh Pengerusi Surau Kuala Merbok iaitu encik Rosli Yasin.  Diharap puan Asmah berbanyak bersabar demi menghadapi dugaan dari Allah.


Encik Rosli Yasin dan Kakak Asmah.

Semoga dengan sedikit sumbangan dari kami dapatlah kiranya meringankan beban yang ditanggung serta beramal dibulan yang mulia ini. 

Dalam menjalani ibadah puasa marilah kita renungkan nasihat dari Imam Ibnu Qoyyim al- Jauziah Rahimahullah (691H 1270M) yang berkata dalam nasihatnya ;-

"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam maka janganlah memandang rendah orang-orang tidur"

"Jika Allah mudahkan bagi mu melaksanakan puasa,maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berpuasa dengan tatapan menghina"

"Jika Allah memudahkan bagi mu pintu berjihad maka janganlah memandang  orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan"

"Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu,maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yang mengejek dan mencela kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan"

"Jika Allah permudahkan pemahaman agama bagimu janganlah meremehkan orang lain yang belum faham agama dengan pandangan hina"

"Jika Allah mudahkan ilmu bagimu,janganlah sombong dan bangga diri kerananya, sebab Allah lah yang memberi pemahaman itu"

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamullail,puasa (sunnah) tidak berjihad dan sepertinya lebih dekat kepada Allah darimu"

"Sesungguhnya jika engkau terlelap tidur semalaman dan pagi harinya menyesal.....lebih baik bagimu daripada qimullail semalaman namun pagi harinya engkau merasa TAKJUB dan BANGGA dengan amalanmu"

"Sebab tidak layak orang merasa bangga dengan amalnya  kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima"


Semoga sedikit nasihat dan renungan ini dapat menasihati kita semua dalam kesibukan kita beribadat didalam bulan yang mulia ini.

Selamat berpuasa dan beramal dari kami Semerbok Nan Tuo.

Isnin, 6 Jun 2016

MAJLIS SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA WARGA MISKIN DI SURAU KUALA MERBOK.



Bagi menghadapi suasana bulan puasa yang ceria kepada warga Merbok yang kurang berkemampuan Satu Majlis Sumbangan kepada warga miskin telah diadakan di Surau Kuala Merbok iaitu selepas Asar 24Syaaban 1437 bersamaan hari Selasa 31Mei 2016. Sepertimana ditahun-tahun lepas warga Merbok yang kurang bernasib baik dibantu dengan sumbangan yang diberikan bagi mereka-meraka menghadapi serta beribadat dengan selesa dibulan Ramadhan yang mendatang. Pihak Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang serta penaja yang sudi membantu serta membekal barangan sumbangan kepada warga miskin di Kampong Semerbok.












UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1437 DARI PENGERUSI SERTA AJK SURAU KUALA MERBOK



Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada seluruh muslimin dan muslimat Kampong Semerbok dan tinggkatkanlah amal ibadat dibulan yang mulia ini. Dalam kesempatan ini dimaklumkan Surau Kuala Merbok akan menjalankan solat Tarawih seperti biasa dan akan diterajui oleh dua orang imam jemputan dari Pondok Ar-Riyyad Subang Bistari Selangor. Mereka ini terdiri dari cucu Wan Sabiah bt Alan (orang semerbok), marilah kita sama-sama bersembahyang tarawih di Surau Kuala Merbok - Rosli Yasin - Pengerusi Surau.