Isnin, 22 Februari 2016

SEHARI DIBETING - ESE SEMENDO ORANG

Kampong Beting Kuala Pilah.............

Roboh pagar dibetulkan
kampung nan bersudut
rumah nan berketak tangga
bela peliharalah
empunya soko
kok kurang ditambah
kok pendek disambung
menghabiskan jangan
atap nan bocor diganti







Ese ni semondo orang.
Ranting orang dipatah
adat orang diturut
di mano bumi dipijak
di situ langit dijunjung


Nukilan Saudara Aziz Ujang.


Isnin, 15 Februari 2016

CERAMAH UMUM BERSAMA USTAZ AZMAN ABD HALIM DI SURAU KUALA MERBOK.


Pada 28hb.Februari 2016 hari Ahad, selepas solat Maghrib akan diadakan ceramah umum bersama Ustaz Azman Abd Halim, semua dijemput hadir.



Pastikan kehadiran anda di Surau Kuala Merbok, buat julung-julung kalinya kehadiran Ustaz ini disurau kita, jangan lepaskan peluang ini.

Khamis, 11 Februari 2016

SESSI MENGAJI AL-QURAN BERSAMA USTAZ ISHAK (SETIAP JUMAAT SELEPAS MAGHRIB).


Surau Kuala Merbok telah menganjurkan sessi mari mengaji bersama Ustaz Ishak pada setiap hari Jumaat selepas Maghrib. Jika tuan-tuan yang ingin mengaji dan membetulkan tajwid, sila lah menghadirkan diri di kelas ini.Semoga warga Merbok merebut peluang ini dan bersamalah kita menghadirkan diri.


Sessi kuliah Al-Quran bersama Ustaz Ishak.

CERAMAH UMUM - USTAZ DATO' NIZAM KAMARULZAMAN.

Pada tarikh 10Februari 2016 dan bersamaan 1JamadilAwal 1437H telah berlangsungnya ceramah umum oleh Al-Fhadil Ustaz Dato Nizam Kamarulzaman. Syukur alhamdulillah dengan kehadiran yang begitu ramai ke program ceramah umum ini, terima kasih kepada semua yang terlibat yang mengimarahkan surau ini. Kita lihatlah suasana yang terakam didalam majlis ceramah umum ini yang turut dihadiri dari Kampong Astana Raja,Legung, Kota, Seremban serta Kariah Semerbok dan tak ketinggalan juga dari Kuala Lumpur:-


Ustaz Dato' Nizam Kamarulzaman.












Merakam kenangan bersama Ustaz Dato' Nizam.


Sepanjang bulan dua ini, inilah aktiviti Surau Kuala Merbok dan jempulah bersama kita mengimarahkan surau ini, disamping aktiviti lain seperti kelas tajwid dan lain-lainnya.

Pengerusi Surau - Encik Rosli Yasin & Ajk.

Isnin, 8 Februari 2016

CERAMAH UMUM BERSAMA USTAZ DATO' NIZAM KAMARULZAMAN DISURAU KUALA MERBOK.




Pihak Ajk Surau Kuala Merbok akan menjemput Ustaz Dato'Nizam Kamarulzaman bagi berceramah di Surau ini pada 10hb.Februari 2016 bersamaan hari Rabu. Ceramah Umum ini akan berlansung selepas solat Maghrib. Ajk surau juga menjemput ahli-ahli kariah untuk bersama bergotong royong memasak kambing serta menyediakan kelengkapan sebagaimana biasa sebelum ceramah ini diadakan. Segala kerjasama dan ehsan tuan-puan amat disanjung tinggi.

Khamis, 4 Februari 2016

KUMPULAN MARHABAN KHAIRUNNISA KAMPUNG SEMERBOK.



Marhaban Khairunnisa.

Kumpulan Marhaban Khairunnisa ini telah lama ditubuhkan dan adalah kumpulan yang pernah dibawa oleh arwah Tuan Guru Jalil . Kini kumpulan yang diterajui oleh Puan Nomi dan dibantu oleh Puan Anim serta Puan Gayah bergiat cergas di kariah Semerbok dan sekitarnya serta bersedia menerima jemputan bagi keraian dimana sahaja di sekitar Negeri Sembilan. Berhubunglah dengan nama-nama diatas jika tuan puan memerlukan dendangan kumpulan Marhaban berkenaan.




Kumpulan Marhaban ini sering membuat latihan di Surau Kuala Merbok dan digalakan kepada generasi muda Kuala Merbok untuk turut menyertai kumpulan Marhaban ini.Ianya untuk mendidik pelapis bagi mempelajari dan mendalami Marhaban.

Serikan majlis anda dengan alunan kumpulan marhaban Khairunnisa. Untuk tempahan, sila hubungi nama dan nombor talipon yang tertera diatas.