Selasa, 29 September 2015

KULIAH AGAMA BERSAMA USTAZ HJ SHUKUR MUSTAFA (SEMPENA AIDIL ADHA).



Ceramah agama telah diadakan sepertimana yang tertera diatas bertempat di Surau Kuala Merbok dengan kehadiran para jemaah  begitu ramai. Pada sebelah siangnya majlis korban turut dijalankan oleh Ahli Jawatankuasa serta ahli kariah dan gotong royong memasak juga dijalankan disini bagi jamuan selepas ceramah diadakan.


Ustaz Haji Shukur Mustafa 


Turut hadir Ustaz Faturrahman Moktar - 
dibahagian depan sudut kanan.











Selepas solat Isyak berjamaah, jamuan makan telah disediakan bagi semua jamaah yang hadir serta penceramah.








Selamat menyambut hari Raya Qurban dari kami Semerbok Nan Tuo.


*Berita dan Foto dari Encik Rosli Yasin dan encik Aziz Ujang.

MAJLIS IBADAH QURBAN DI SURAU KUALA MERBOK 2015/1436ZULHIJJAH





Perutusan Salam Aidil Adha dan pesanan 
dari Encik Rosli Yasin - Pengerusi Surau








Ibadah qurban berlansung di surau Kuala Merbok pada dua peringkat, iaitu pada pagi raya jam 10.00 pagi dan pada raya ketiga jam 2.00 petang 26/09/2015. Disebelah malam pula diadakan Kuliah Agama bersama Ustaz Tuan Haji Shukur Mustafa selepas solat Maghrib.





Isnin, 28 September 2015

TINDAKAN SEGERA KEATAS ADUAN PEMBUANGAN SISA ORGAN BABI DI ANAK SUNGAI KENDONG.


Atas keperihatinan anak desa Semerbok yang cintakan kebersihan dan kesucian serta memelihara agama kita, suatu aduan telah diajukan kepada JPS Careline yang didaftarkan dengan Nombor aduan No. 34365/15 pada tarikh 26/09/15. Pihak JPS telah bertindak segera keatas aduan tersebut dan diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPS.

Dengan adanya lawatan yang dibuat pagi ini ke Anak Sungai Kendong oleh YB Dato Speaker Dewan Udangan N. Sembilan (ADUN Kota) bersama kakitangan dari JPS, Majlis Daerah, SAINS, pengerusi JKKK di sekitar Sungai Kendong, MIC dan MCA dapat membersihkan dan menghentikan Anak Sungai Kendong dari dijadikan tempat pelupusan sisa sisa organ babi hutan oleh pemburu.







Tanggungjawab kita sebagai anak desa untuk memelihara kebersihan dari pembuangan sisa organ babi yang dibuang kedalam aliran sungai dan kitalah yang menjadi mata dan telinga bagi pihak kerajaan untuk mengambil tindakan keatas perkara sebegini.Syabas kepada anak desa yang perihatin kepada perkara begini.

Berita dan foto dari Aziz Ujang.

PEMBUANGAN SISA ORGAN-ORGAN BABI HUTAN DI ANAK SUNGAI KENDONG.


Amat malang sekali perkara sebegini terjadi didesa yang indah dengan kebersihan dan kenyamanan udara serta keaslian air sungai nan tenang. Anak Sungai dijadikan tempat buangan sisa sisa organ babi hutan oleh pemburu berkenaan. Seharusnya orang yang melakukan perkara sebegini dihadapkan kemuka pengadilan, kerana sudahlah sungai-sungai kita tidak lagi melimpahkan air sebagaimana seketika dulu dan dicemari pula dengan kekotoran bangkai sisa organ babi kedalam sungai. Bukan ke dari sungai juga bekalan air disediakan kedalam takungan air dan dibersihkan serta disalurkan ke rumah kita. Perkara ini telah berlaku pada tahun lalu dan pada tahun ini masih lagi kita lihat sungai ini dicemari dengan buangan sisa binatang berkenaan.

Pemandangan di sebatang anak sungai yang mana airnya mengalir ke Sungai Kendong .



Jalan susur masuk ke anak sungai tersebut.


Anak sungai yang dimaksudkan, aliran anak sungai ini 
yang menyusuri kedalam sungai kendong.


Sisa-sisa organ babi hutan yang
 dibuang kedalam sungai.





Seharusnya kita bertindak segera atas pembuangan sisa binatang berkenaan supaya anak-anak sungai kita di Negeri Sembilan ini bersih dan bebas dari kekotoran sisa-sisa binatang.

Berita dan foto dari Aziz Ujang.

Ahad, 20 September 2015

KULIAH MAGHRIB DI SURAU KUALA MERBOK.


Pada malam 19hb.September 2015 bersamaan hari Sabtu, sepertimana yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa surau, Kuliah Maghrib telah diadakan di Surau Kuala Merbok yang telah disampaikan oleh Ustaz Faturrahman.


Ustaz Faturrahman.



Sebahagian dari rakaman yang sempat
dirakam oleh penulis blog.




Alhamdulillah, begitu ramai yang hadir ke majlis ilmu ini, teruskanlah anak-anak kariah datang menimba ilmu dan mengimarahkan surau kita yang serba baru ini. Begitu aktif dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang diadakan disini, yang terbaru pihak Ajk telah merancang akan mengadakan kursus jenazah bagi muslimat disamping kelas-kelas Al-Quran yang sediaada. Rebutlah peluang untuk menambah ilmu dengan menghadiri kuliah-kuliah agama serta aktiviti lainnya yang dijalankan disini.

BERDIKIR REBANA DI TAMAN SEDIA RAJA CHEMBONG.


Pada 19September 2015 Sabtu, Berdikir Rampai (duduk) dimajlis perkahwinan diTaman Sedia Raja Chembong. Kira-kira pukul 10.00 malam Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo mula mempersembahkan alunan dikirnya di dalam mahligai tuan rumah yang tesergam lagi indah. Kumpulan Dikir bermula agak lewat kerana menghadirkan diri di Surau Kuala Merbok untuk kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Faturrahman sehingga selesai lepas sembahyang Isyak.











Terima kasih kepada semua kerana menjemput Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo mempersembahkan alunan irama dikir yang diwarisi dari zaman berzaman. 

*Berita dan foto dari Aziz Ujang.