Isnin, 27 Julai 2015

RUMAH TERBUKA ENCIK RIDHUAN WAHAB DI SEMERBOK PADA HARI AHAD 10SYAWAL 1436H .



Rumah terbuka encik Ridhuan telah diadakan pada 26Julai 2015 bersamaan 10Syawal 1436 bertempat di teratak nan indah Kampong Semerbok . Pelbagai juadah dihidangkan dan yang paling istimewa daging rusa untuk dijamah oleh pengunjung dihari terbuka rumah encik Ridhuan, amat meriah dengan tetamu yang ramai datang. Marilah kita lihat kemeriahan rumah terbuka dengan foto-foto yang sempat dirakamkan. Selamat hari raya maaf zahir batin. 








Pengerusi Surau Kuala Merbok
 -Encik Rosli Yasin becermin mata dan 
Abang Mat Zin disebelah  kiri.


Encik Ridhuan Wahab 
(becermin mata gelap) - 
Sedang malayan tetamu.





Tahun ni encik Zul turut hadir.


Abang Aziz dan sahabat lama.






















Rusa yang dipelihara oleh encik Ridhuan.

Maaf encik Ridhuan ditahun ini penulis tak dapat hadir kerana terlibat dengan urusan yang penting dan selamat hari raya, maaf zahir batin dari blog Kampong Semerbok Nan Tuo.

Ahad, 26 Julai 2015

KEMALANGAN PRO DUA KEMBARA DIJALAN RAYA SEMERBOK.


Bukan jalan beraya tapi berjalan diatas jalan raya, beginilah keadaan kereta yang melanggar paip Sains. Diberitakan pemandunya mabuk dan tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas kearah pemagar jaring paip sains. Kejadian berlaku pada pukul 1.00pagi 19/7/2015,pemandu mabuk ni cedera ringan, kalau langgar lembu dah biasa di daerah Rembau ni tapi kalau langgar benda ni agak memudaratkan bekalan air nanti.





Nampaknya kabel talipon atau letrik pun jadi mangsa, sayangilah kemudahan yang disediakan dan ianya amat bermakna pada kita sebagai pengguna.

PERGINYA SEORANG IMAM.


Pada 24hb.Ogos 2015 Jumaat 2015 adalah tarikh kembalinya beliau kerahmatullah dan dikebumikan jenazahnya pada 25hb.Ogos Sabtu di tanah perkuburan perkarangan Masjid Semerbok. Beliau adalah Allahyarham Haji Nawawi - Imam 2 di Masjid Semerbok. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.





Selasa, 14 Julai 2015

MANTAI


Mantai ialah amalan menyembelih kerbau atau lembu serta bergotong-royong membakar lemang serta memasak rendang sehari sebelum ketibaan Ramadan atau pun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi sejak lama dulu. Atau Mantai dalam dialek masyarakat Negeri Sembilan yang asalnya perkataan membantai. Ia tentang hari atau malam menyediakan daging sembelihan iaitu sehari sebelum ketibaan bulan Ramadan atau pun Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Pada tahun ini mantai jatuh pada hari Selasa 14hb.Julai 2015.

Apa kata anak Semerbok ini tentang Mantai di Semerbok.....


Abdul Hamid Ahmad.

MANTAI

Jika pernah hidup di desa ketika "mantai" dibuat sendiri oleh anak-anak buah kampung, tentulah istilah mantai ini begitu mengusik. Begitu nostalgik. Mantai ada di kampung-kampung pada akhir tahun 70an dan membawa ke pertengahan tahun 80an. Kemudian hilang. Tak ada lagi mantai di kampung.Yang ada ialah gerai orang jual daging.Dapat juga membeli daging untuk dibuat rendang. Mahu dijodohkan dengan lemang nanti di malam raya. Rasanya memang sedap juga, tak ada yang kurang.

Yang tak ada ialah sawah berjonjang-jonjang bertanam padi. Kandang kerbau yang sarat dan ada asap setiap senja. Salang rumput yang dipikul atau disangkut pada gad basikal besar. Yang sudah pergi ialah tukang-tukang tindik kerbau yang alim menusuk kelikir tembaga di hidung kerbau jantan dan betina. Niyang Usin Uban paling handal. Oleh kerana sudah tak ada semua ini, maka tak ada lagilah kerbau. Kalau ada pun, sudah liar. Mahu dicokau mesti disiapkan kandang halau dan pasung. Jika tidak, memang hendakkan senapang.

Agaknya, harus dihidupkan semula tradisi berkerbau ini....


Foto hiasan Kampong Semerbok.

Ahad, 12 Julai 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA SERTA DOA SELAMAT (KENDURI SURAU) DISURAU KUALA MERBOK.



Kenduri Surau 12Julai 2015 Ahad.

Bagi mengimarah dan memeriahkan suasana ramadhan di Surau Kuala Merbok suatu majlis berbuka puasa atau "kenduri surau" yang dianjurkan bersama AhliJawatankuasa Surau dan anak-anak kariah telah diadakan pada hari Ahad 12Julai 2015 bersamaan 25Ramadhan 1436Hijrah. Semua juadah dibawa sendiri oleh hadirin dengan tradisi membawa "Jamba" masing-masing oleh anak-anak kariah dari rumah dan dihidangkan dimajlis berbuka puasa dan kenduri surau. Tradisi membawa "Jamba"di Semerbok telah dilakukan atau diamalkan semenjak dahulu lagi dan kini ianya berterusan dengan surau lama dibina baru di Kuala Merbok.





Semoga amal dan ibadat serta semangat dibulan Ramadhan ini tetap kukuh dihati kita untuk menjalani kehidupan dihari mendatang selagi umur dikandung badan,Akhirnya marilah kita berusaha mempertingkatkan amalan kita di sepanjang bulan Ramadan ini, dan berazam agar amalan yang kita kerjakan di bulan ini akan berterusan (istiqamah) kita kerjakan juga di bulan-bulan yang lain. Dan kita juga berdoa semoga kita tergolong di kalangan orang-orang yang ikhlas dalam membuat amal kebajikan dan segala amalan kita diterima oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Amin ya rabbal alamin.



*Foto dan berita adalah sumbangan dari Pengerusi Surau Encik Rosli Yasin.