Selasa, 24 Februari 2015

MAJLIS PERKAHWINAN AFIS DAN MAI.


Pada hari Sabtu bersamaan 21hb.Februari 2015 dan 2 Jamadilawal 1436H telah berlangsungnya Majlis Perkahwinan Siti Maisarah (Puteri kepada Encik Md Isa & Puan Ragayah) di Kampung Seberang Merbok, Semerbok Kota Negeri Sembilan.



 Siti Maisarah Bt Md Isa
&
Mohamad Hafizhan Bin Hamzah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah menjadi kebiasaan dan adat dikampung, semua majlis diadakan dengan gotong royong sesama penduduk dan dimajlis perkahwinan ini juga tidak ketinggalan dengan ayat bidalan dibawah ;-

Berat sama sama dipikul
rengan sama sama dijenjeng
hati gajah sama dilapah
hati nyamok sama dicecah

Begitulah adat kerjasama yang senantiasa dipupuk diantara sesama sekampung, jangan benarkan masa dan waktu merubah adat resam kita, puliharalah hingga akhir zaman.




















Semua foto adalah sumbangan Encik Aziz Ujang dan foto-foto pengantin tak sempat dirakamkan disini dan penulis blog juga memohon maaf kepada tuan rumah kerana tak dapat hadir kemajlis perkahwinan anak beliau kerana terdapat urusan yang tak dapat dielakan. Selamat menerima menantu dan selamat Pengantin Baru pada dik Siti dan pasangan.


Isnin, 23 Februari 2015

MENDAKI LAI KE GUNUNG DATUK.

Gunung Datuk.Khamis 19/02/2015.

"Rindu pulak rasanya mahu memanjat lagi. Apakandaya kemampuan untuk mendaki dah tinggal tokih-tokih saja. Sekadar memandang dari rumah dengan mendungak ke atas sajalah. Gunung Datuk adalah sumber inspirasi dan kekuatan terutama anak watan Mukim Gadong. Saya seorang daripadanya. Sejak dilahirkan 70 tahun dulu ia ibarat benteng teguh yang melindungi kami siang malam tanpa goyah dan bosan". Kata-kata Orang lama Ahmad Fadzil Yasin - Mukim Gadong.

Di usia emas warga Semerbok (encik Aziz Ujang - foto dibawah,berbaju kuning) ini masih mampu bukan saja mendungak keatas melihat gunung datuk tapi memanjat hingga kepuncak menemani anak-anak muda melusuri selok belok dari kaki hingga ke puncak gunung bersejarah ini.



Andal laiiii .....







Cuti panjang ni bakar kalori pun best jugak, panjat Gunung Datuk, Rembau.. Nama je orang Rembau tapi ni first time naik, fuhhh rasa nak tercabut kaki ni haa..



Tiga gadis dari Pengkalan, Alor Gajah. 
Mendaki gunung adalah hobi mereka



Laluan yang mencabar...


Turut mendaki pada hari yang sama adalah para pelajar dari Team bola dari Sekolah Menengah Undang Luak Rembau ( Uress ) seramai 16 orang





"Ese maso kocik-kocik dulu pantang ado oghang poi nakih gunung datuk se ngan kekawan pun panjek yo dokek kek umah den ".

BERDIKIR LAGI .


Kampung Nerasau, Chengkau pada hari Sabtu 21hb.Februari 2015.

Kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo berdikir lagi dengan pakaian resmi di Majlis Perkahwinan Kampung Nerasau Chengkau.


Kelihatan kumpulan Dikir Rebana sedang menunggu rombongan pengantin lelaki dari Kajang untuk diarak dan didendang dengan paluan dikir rebana berkenaan. Semangat mereka segarang merah baju dipakai, bagi menantikan pesembahan meraikan mempelai....dikir nan tuo dari Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo.


Kampung Nerasau, Chengkau Negeri Sembilan.





Sebelum itu disebelah malam pada 20/02/2015 dari jam 10.45malam hingga 12.00malam kumpulan Dikir Rebana Semerbok Nan Tuo telah memenuhi undangan berdikir rampai di Majlis Perkahwinan Kampung Sungai Siput Lubok China, melaka.