Ahad, 29 Jun 2014

PASAR RAMADAN KAT TAMPIN.

Hari pertama puaso, 1 Ramadan 1435 - 29 Jun 2014 den poei kat padang Perbandaran Tampin (belakang Stadium Mini) meninjau Pasar Ramadan...amboi mak ramainya orang dan nak parking keto pun susah botoi. Cuaca agak redup dan selesa lah memboli juadah berbuko. Seperti tahun nan lalu samo jo anika juadah dijual,pilih lah yang mano, poei lah awal sikit kalau tak susah nak parking keto. Moh doreh.......






















Jangan ikut selero mato, boli yang alar kadar jo nanti tak larat nak poei terawih.......

Jumaat, 27 Jun 2014

MAJLIS TAHLIL DI RUMAH SAUDARA DUAN TWL - KG SEMERBOK.



Saudara Duan TWL

Pada 22 Jun 2014 jam 12.00 tengah hari telah berlansungnya majlis tahlil di rumah saudara Duan Wahab dan beliau telah menjemput semua kenalan dan penduduk kariah Masjid Semerbok. Marilah kita lihat suasana majlis berkenaan yang telah dirakamkan oleh saudara Aziz Ujang.



 Imam Nawawi berbaju melayu hijau.


Para tetamu dan para hadirin dari kampong Semerbok.










 Selesai sahaja mejlis berdoa dan semua hadirin dijemput menjamu selera yang juga dituruti oleh kaum hawa yang turut hadir di majlis ini.





















Bikers dari  Kuala Lumpur juga turut hadir ke majlis ini.


 
















"Terima kasih kepada semua yang hadir ke majlis kami dan diucapkan selamat menjalani ibadah Puasa",demikian ucapan saudara Duan.

KODAI SARAPAN D'SAWAH - KAMPONG ULU BENDUL.

Pada 18hb Jun yang lalu den sempat singgah bersarapan di kodai D' Sawah ini , yang terletak ditepi jalan dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah berhampiran Kampong Ulu Bendul. Yang menariknya kodai ini adalah menyediakan air semula jadi dari kaki gunung Ulu Bendul dengan percuma untuk diminum oleh pelanggannya yang singgah disini. Air mineral semula jadi yang banyak khasiatnya tersedia diatas meja untuk pelanggan yang singgah disini. Den lupa lah pulak mengambil gambar botol air berkenaan.


Sedia menerima tempahan jika tuan-tuan berhajat.







Roti canai Istimewa.


Nasi Lemak.


Anika kueh mueh.


Pelanggan yang sedang besarapan.






Terima kasih bang kerana sudi datang, saya jual ya....assalamualaikum.


Taukeh kodai D'Sawah.


Sawah padi yang sedang ranum masak untuk di tuai.


Padi yang menunduk berbuah lebat.



Pemandangan sawah dan bukit bukau dibelakangnya.


Sambil bersarapan mencuci mata dengan damparan sawah padi di sekeliling kodai D'Sawah serta kedinginan suasana ditepi bukit, melambai kita untuk datang lagi kemari melihat sawah padi dan kodai D'Sawah.