Isnin, 28 April 2014

SEPETANG BERSAMA ANAK MUDA DI KOD TAKRAW & BADMINTON DEWAN LAMA SEMERBOK.



Kod Badminton & Takraw didepan Dewan Lama Semerbok.

Bersama anak-anak muda di Semerbok bersukan dengan sepak takrawnya dan kekadang badminton, mungkin mengikut arus sukan semasa mahu pun di media perdana atau mood sukan dikalangan anak muda di Mobok ni. Masih ramai bermain takraw dan badminton disini, adakalanya disambung disebelah malam.


Aktiviti sebegini seharusnya digiatkan bersama oleh golongan muda atau yang telah berusia, ini bagi sesama warga mobok menjaga tahap kesihatan kita. Kemudahan yang disediakan kita menafaatkan bersama oleh semua warga mobok. Warga sihat amalan mulia untuk menuju kesejahteraan kita mudah beramal untuk memeriahkan  dan mengimarahkan Masjid dan Surau kita.

Khamis, 24 April 2014

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT DI RUMAH EN.MOKHTAR & PUAN NOMI - SEMERBOK.

Pada Sabtu malam Minggu yang lalu iaitu bersamaan 19/04/2014, kariah Semerbok telah menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat di rumah encik Mokhtar dan Puan Nomi. Kehadiran tetamu memenuhi ruang rumah encik Mokhtar,saudara mara sahabat handai menceriakan majlis pada malam tersebut yang dijalankan selepas solat maghrib. Semoga semua dalam lindungan Allah jua hendaknya.....amin.


Encik Mokhtar.


Dihujung sana, Imam dan para hadirin.


Disudut sebelah kanan juga dipenuhi dengan 
para hadirin dari Masjid Mobok.


Yang ni pula datang dari jauh...
Bukit Sentosa....Kamarulzaman.


PABILA BERLALUNYA NAN KEKERINGAN - MOBOK KU.


Suasana sawah padi setelah berlalunya musim kemarau dan kering yang kini kembali menghijau mewarnai desa yang permai ini dan marilah kita renungkan dari sudut foto yang diambil oleh anak desa Mobok sendiri yang menggamit hati perantauan mengenang desa nun jauh dilubuk hati para perantauan........














Semerbok.








Kat Sungai Serai.

Foto adalah kiriman encik Aziz Ujang.

PUAN SABIAH MENERIMA RAWATAN DI HOSPITAL TAMPIN.


Pada 17/04/2014 Khamis yang lalu omak den (Puan Sabiah) telah dimasukan ke Hospital Tampin yang baru iaitu di Jalan Repah, beliau jatuh pengsan didalam bilek air. Pada hari kejadian beliau telah tiga hari demam dan tak ada selera makan. Kemungkinan memakan ubat batuk dan kesan ubat-ubat demam membuatkan beliau tak bertenaga dan pengsan, beliau dimasukan di wad rawatan rapi ICU pada petang Khamis 17/04/2014 dan kemudian ke wad biasa serta boleh dibenarkan keluar wad pada Sabtu 12.30 tengah hari 19/04/2014. 


Hospital Tampin yang baru.


Kauter Informasi - Hospital Tampin.


Den dan adik den Timah menjaga omak di hospital.


Yang beruniform putih tu bukan jururawat Hospital Tampin tapi isteri Along Udin yang baru, rasanya semua orang Astana Raja kenal dia dan kakak ni bertugas di sana dulu dan sekarang bertugas di Somen. Semoga omak den cepat sembuh seperti sediakala dan ceria selalu.