Ahad, 17 Mac 2013

SARAPAN ROTI CANAI PEKAN KOTA.



 Restoran Noris.



Pokan Kota.

Inilah pekan Kota, den selalu bersarapan pagi dikedai roti canai ini kerana ianya agak sesuai dengan selera keluarga den. Terdapat beberapa kedai yang menebar roti canai kat sini dan yang den raso sodap dan menyelerakan kat kodai ni ha. Lupo lak nak tanyo sapo tokeh kodai aeih.



Pekan Kota Diwaktu Pagi.


Ni Kodai Roti Canai Restoran Noris.



 Taukeh kodai menebar roti canai.



Kalau awal pagi ramai bonar orang makan dan minum kat sini, kalau ari biaso dapat la tompat duduk dan kalau public holiday nak duduk pun susah dek ramainya pelanggan. Orang India dan Cina pun suko makan roti dan nasi lomak kat sini.



Tea Tarik dan Roti Canai


Kelihatan juo orang Kampong den disini.


Anak-anak den pun berkonan 
dengan roti canai kat sini.


Den biaso jo.

Warga mobok pun ramai juga sarapan pagi kat sini termasuk den ngan Abang Aziz Ujang, tigo koping foto diatas adalah sumbangan dari FB abang Aziz Ujang ketika beliau menyinggah bersarapan disini. Dulu maso artikal ini ditulis papan tanda kodai atau kain rentang belum digantung laei dan menu Nasi Ayam Hainan belum ado. Kini perniagaan restoran ini nampaknya kian berkembang dan kito sebagai warga N9 dan daerah Kota harus memberi sokongan pada perniagaan yang dijalankan oleh orang-orang kito.

Ahad, 3 Mac 2013

BATU BERHARGA DI SEMERBOK.


Mendongar cerita dari Alang den, kat mobok ado batu-batu yang beharga yang boleh diekspot ke Nogori Cino. Alang dah panggil taukeh tu untuk menyemak dan mengosan kot ado batu berkenaan ditanah omak. Kalau yo ado...berduit la kito........


Beginilah tanah bukit Legung Hulu yang tinggal setelah tanahnya ini diambil bagi menambak serta pengubahsuai jalan raya untuk laluan keretapi laju KTM di daerah Rembau. Dulu den ingatkan kawasan tanah ini diterokai kerana batu-batu yang beharga tu, rupanya untuk projek jalan dan jambatan.

Tidak terdapat batu-batu yang dimaksudkan dengan projek berkenaan kerana didaerah Mobok juga sama tanahnya dengan Legung Hulu ni.Mungkin disini tidak ada batu-batu berkenaan.



Antara Kawasan Bukit di Semerbok.

Bukit yang dibelakang bukit ini lah batu yang beharga dikesan untuk diekspot ke negeri China. Banyak dapat duit la tuan tanah gedaong yang empunya tanah tersebut. Rupanya hasil bumi di Mobok juga ada potensi untuk diekspot ke Negara China, yang menjadi soalannya mengapa dalam tanah omak den tak do pulak batu tu.....dah tak do rezeki la tu.......menurut Alang den taukeh kompeni yang nak memboli batu-batu berkenaan telah pun memeriksa tanah den dan tanah-tanah yang dibelakang bukit didalam gambar ni tapi batu-batu berkenaan tak ada didalam tanah omak den dan hanya ada di tanah berkenaan sahaja. Taukeh tu dah siap bayar dah cengkeramnya berbelas ribu tu....den teringin nak tengok batu berkenaan macam mana rupanya....



Duduk di tongah tu Alang den - Karia.


Jenis batu yang lazim berada di Semerbok.



Ini juga salah satu jenis batu 
yg berada di kampong den.



Bungkah batu besar (batu pejal).
rupa ni kah batunya ? oh bukan.....



Jenis batu merah.
Yang ini pada zaman dulu dihancurkan
dan dijadikan jalan yg dipanggil jalan tanah merah.

Sekiranya den dapat mengenal pasti batu-batu beharga berkenaan akan den paparkan diblog den ni untuk samo-samo kito lihat, kot kot ado dalam tanah kalian semuo........

KAWASAN TADAHAN AIR (EMPANGAN) DI HULU SEMERBOK.



Ini adalah kawasan tadahan air bagi mengairi sawah di Semerbok dan Sungai Serai. Semasa projek pemulihan tanah terbiar (sawah padi) di daerah Rembau khususnya di kawasan kampong Semerbok dan sekitarnya, pihak kerajaan dengan kerjasama pemaju projek telah membina empangan (kawasan tadahan air) ini dihulu sungai. Mungkin ramai penduduk di sekitar kawasan Mobok ini tidak mengetahui wujudnya kolam ini, memang sawah padi memerlukan air yang banyak untuk menyuburkan padi yang ditanam.

Dulu aliran sungai ini sendiri dah mencukupi bagi mengairi sawah yang luas berekar-ekar ni tapi aliran sungai mobok ni koring pulak pada zaman ni. Masih terdapat lagi kawasan sawah yang terbiar yang tak dapat diusahakan kerana kekurangan air walau pun dah ada empangan air ni. Usaha usaha perlu digiatkan lagi bagi mengatasi masalah air untuk menanam padi disawah Mobok ni. Walaubagaimana pun sekalung tahniah pada pihak-pihak yang menjayakan projek tanah sawah terbiar ini, nampak torang bendorang kawasan kampong den dan tidak lah somak samun laei.



 Foto Perasmian Projek oleh MB Negeri 9.



 Kiri sekali Ketua Kampong Mobok (Songkok Putih).



Ni depan umah omak den la ni....




Projek Pembangunan Tanah Terbiar Kg Semerbok.



Kawasan tadahan air sungai - Arah ke hulu.


Kawasan aliran air sungai ke hilir.



Aliran air sungai dari tadahan.



Kelihatan sawah yang menghijau.
(didepan rumah omak den la ni)


ni ha...lopak memancing ikan 
bebudak bila cuti sekolah.

Masa den bebudak dulu abis kawasan bondang ni den ngocal bilo maso ngoringkan sawah nak nuai padi. Maso ni tak do..do ngocal laei........bebudak sekarang dah tak pandai ngocal, bah kan ngocal tu pun tak tau maknonyo. Macam anak-anak den semuo bosar di Kolumpor, laei la tak ghoti apo bondo aei......