Jumaat, 22 Februari 2013

DESA DUSUN WARISAN DI SEMERBOK.



Papan tanda pintu masuk kekawasan 
Dusun Warisan (Kota Warisan).

Kota Warisan atau Dusun Warisan adalah satu projek yang lot banglo di Kampong Semerbok dan projek ni memang besar dan sayang sekali projek ini dipercayai telah terbengkalai. Den berasa bangga kerana adanya projek seperti ini di kampong den ianya akan menarik minat golongan belia atau orang muda terus menetap atau memeriahkan kampong semerbok dengan pelbagai aktiviti. Den harap projek seperti ini diperbanyakan lagi untuk memajukan kampong den ni ha...semoga pihak yang terlibat dengan projek ini mengembalikan projek ke landasan yang betul dan memajukannya kembali. Den tak boli ha...tak berduit.........



Masih ada lagi satu papan tunjuk arah 
(Dusun Warisan ).



Tunjuk arah ke Semerbok pula.



Laluan tunjuk arah ke Dusun Warisan 
di pekan Pekan Kota.



Laluan masuk ke kawasan tersebut.

Masa den poei ari tu somak samun jo.....susah nak masuk kekawasan ini. Den ponah masuk sewaktu awal projek ini, amatlah cantiknya tempatnya. Ado tasik dan maso tu ada sebuah banglo ditepiannya, jalan masuk pun cantik walaupun jalan tanah jo.

CENDOL BAKAR CENGKAU HULU.




Gerai Cendol Bakar - Cengkau Hulu.

Den singgah sini kerana kebetulan menengok anak di Sekolah Tinggi Yayasan Sofa, teringin pulak meraso cendol bakar. Den ado gak singgah cendol Leman Dawi, ni nak raso lak cendol bakar. Den ringankan mulut nak bertanya....kak apo yang terbakar...yang digolarkan cendol bakar ni ? ado kah gerai ni encik Bakar yang punyo ?...tak ngeih ....cendol ni spesial sikit kato pemilik kodai, gulo melaka tu dibakar untuk mengeluarkan aroma kewangiannya....itulah digolarkan cendol bakar... oooo begitu rupo aei....



Pandangan dari depan kedai atau 
gerai chendol bakar.



Menu Chendol yang disediakan.


Ambil meja dan tiket order 
senaraikan cendol yang di pesan.



Maka cendol pun sampai.



Yang ini cendol Vip je.



Dan kami pun menikmati cendol bakar ni....

Jika tuan puan ingin menikmati cendol bakar Chengkau Hulu, kalau dari seremban sebolah kiri dan kalau dari Simpang Ampat sebelah kanan selepas pekan Kota.

Sabtu, 16 Februari 2013

MASJID KARIAH SEMERBOK (2)



Masjid Semerbok - 2009.

Den sambung lagi cerita mengenai Masjid Kampong den ni, foto diatas diambil pada tahun 2009 masa tu belum lagi diubahsuai. 



Mimbar.
Ukiran lama yang dikekalkan.


Carta Ajk Masjid.


Ruang Solat Muslimah.


Ruang solat muslimah serta ruang tangga untuk naik ke ruang muslimah ketika hari-hari biasa. Ruang ini diguna untuk jamuan more di bulan puasa dan ruang solat muslimah di hari sembahyang Aidilfitri dan aildil Adha.


Bagi ruang solat muslimah dihari biasa adalah di ruang atas selari dengan ruang solat Muslimin dan terdapat tabir memisahkan ruang solat keduanya.

Bagi kami penduduk kariah Kampong Semerbok amat berbangga mempunyai Masjid yang tersergam indah ini dan marilah kita mengimarahkan masjid ini dengan datang bersembahyang berjamaah dan menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak Ajk masjid.